“Jangan Guna Alasan Tu” – Penyanyi Lama Salahkan ‘Ear Monitor’ Punca Nyanyian ‘Hauk’, Ramli MS Bidas Semula

Hiburan

“Jangan Guna Alasan Tu” – Penyanyi Lama Salahkan ‘Ear Monitor’ Punca Nyanyian ‘Hauk’, Ramli MS Bidas Semula

Sebuah program realiti terkenal, All Stars Gegar Vaganza (ASGV) telah menyingkirkan seorang lagi penyanyi yang telah lama menyeburi bidang seni, Ayai Ilusi, oleh kerana pembawaan lagu Pusara Di Lebuhraya yang gagal menarik perhatian juri.

Difahamkan persembahan Ayai tidak sempurna malam itu disebabkan masalah ear-monitor yang tercabut di awal persembahan lalu penyanyi tersebut tidak dapat menyanyi mengikut tempo sepatutnya.

Advertisement

Sebagai penyanyi berpengalaman, sepatutnya tahu cara nak atasi masalah tu dengan profesional. Saya tak mahu anggap itu satu alasan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Salah satu juri ASGV, Datuk Ramli MS menyatakan rasa kecewa dan tak setuju apabila alasan penyanyi berusia 61 tahun ini tidak menghasilkan persembahan yang baik adalah kerana masalah monitor telinga.

Tambah pengarah muzik terkemuka ini juga, dia berasa penat apabila hampir 70 peratus dari persembahan mereka berlainan dengan apa yang dirancang semasa rehearsal. Baginya, apa masalah yang telah dibaiki di setiap peserta masih diulang semasa persembahan.

Semoga ceria selalu dan buat persembahan terbaik seperti biasa. Selamat berjuang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Oleh demikian, tersingkirlah pemenang Gegar Vaganza musim pertama ini selepas lima minggu bertahan di program tersebut. Walaupun rasa berat hati untuk meninggalkan pentas itu, namun Ayai redha dengan keputusan juri dan berterima kasih dengan peluang yang telah diberikan sepanjang bertanding.

Untuk info, peserta yang turut berada di tempat terendah malam tadi ialah Zamani dan Noryn Aziz.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Famili duo gv
7 months ago

"Tak Perlu Panggil Satu Industri, Berduo Je Sampai Habis" - Janna Nick & Izzue Islam Dikritik Kerana 'Perli' Program All Stars Gegar Vaganza

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...