Jangan ‘Gopoh’ Guna Akaun 3 KWSP Untuk Bayar Hutang Rumah, Ini Sebab Kenapa Ia Mungkin Tak Berbaloi

Gaya Hidup

Jangan ‘Gopoh’ Guna Akaun 3 KWSP Untuk Bayar Hutang Rumah, Ini Sebab Kenapa Ia Mungkin Tak Berbaloi

Pada bulan Mac yang lalu, KSWP telah mengumumkan dividen sebanyak 6.3 peratus untuk tahun 2024. Itu merupakan satu pulangan yang kukuh dan sejujurnya, bukan setiap tahun kita akan dapat kadar yang setinggi ini.

Jadi, tidak pelik sekiranya ada sesetengah pihak yang mula berfikir untuk menggunakan duit di Akaun 3 untuk membayar pinjaman rumah.

Advertisement

rumah

Namun, seorang individu tampil menjelaskan sekiranya tindakan sebegitu diambil, mungkin akan merugikan dalam diam.

Jangan guna duit KWSP yang dalam akaun sejahtera tu untuk bayar balik principal loan rumah korang sebab tak berbaloi.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, dia menjelaskan kadar faedah pinjaman rumah di Malaysia sekarang kebanyakkan sekitar 4 peratus hingga 4.3 peratus namun KWSP beri 6.3 peratus tanpa ada perlu berbuat apa-apa.

interest rate rumah

Cuba bayangkan kalau korang keluarkan RM10,000 dari KWSP untuk kurangkan pinjaman rumah, korang mungkin jimat RM420 setahun dalam faedah.

Tapi, kalau korang biarkan saja duit itu dalam KWSP, korang akan dapat RM630 dalam bentuk dividen.

Macam tukar RM10 dengan RM6.

Dia menjelaskan dia faham sememangnya kita akan berasa puas hati apabila melihat hutang makin berkurang dan bayaran bulanan makin ringan, tapi inilah pentingnya pemikiran jangka panjang.

Duit korang hasilkan duit, dan duit tu pula hasilkan lebih banyak duit.

Kalau korang boleh bersabar untuk beberapa tahun lagi, duit itu mungkin cukup untuk langsaikan pinjaman rumah sekaligus, malah mungkin ada baki.

@financialfaiz Jangan guna KWSP bayar loan rumah You guys mesti ada terfikir nak bayar loan rumah pakai duit KWSP kan? Patut ke? Jom dengan I explain sikit. #financialfaiz #rumah #kwsp #principal #interest ♬ original sound – Financial Faiz

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

akaun 1 dan akaun 2 kwsp boleh dikeluarkan?
2 months ago

Tular Dakwaan Simpanan KWSP Akaun 1 Dan Akaun 2 Boleh Dikeluarkan Sempena Aidilfitri?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...