“Jangan Gangster Sangat Sayang” – Bantu Isteri Berniaga, Shukri Yahya Curi Perhatian Berubah Jadi ‘Lembut’

Hiburan

“Jangan Gangster Sangat Sayang” – Bantu Isteri Berniaga, Shukri Yahya Curi Perhatian Berubah Jadi ‘Lembut’

Baru-baru ini, tular di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna yang memaparkan gelagat pelakon, Shukri Yahya dan isterinya, Tya Adnan telah mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, Shukri dilihat sedang membantu isterinya berniaga dengan menjual tudung jenama milik isterinya iaitu Si Gadis Tya.

Advertisement

Apa yang mencuit hati orang ramai adalah apabila pelakon 7 Hari Mencintaiku itu yang pada mulanya kelihatan kasar ketika berniaga.

Jangan gangster sangat sayang. You tengah jual.

Namun, sejurus ditegur oleh isterinya, Shukri dilihat terus bertukar karakter dengan nada suara menjadi suara seakan lelaki lembut ketika mempromosikan tudung yang dijualnya.

@faiznurzin

?? #shukriyahaya #tyaadnan #sigadistya #faiznurzin #tiktokmalaysia #fyp #fyp?

? original sound – ?????????? – ??????????

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut terhibur melihat gelagat Shukri yang gigih membantu isterinya Tya atau nama sebenarnya Nurfatihah Binti Ahmad Adnan berniaga.

Malah, ada juga segelintir peminat yang memuji kemanisan rumah tangga dimiliki pasangan selebriti itu yang disifatkan serasi bersama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Teruskan Bertudung" - Selalu Dikecam Sebab Imej Seksi, Netizen Komen Lagi Suka Tengok Nora Danish 'Bertutup'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...