Sedia maklum, beberapa hari lalu, tular berita mengenai seorang pempengaruh bernama Eyka hilang di hutan Bandung, Indonesia tetapi rupanya ia hanyalah sekadar ‘content’ sahaja.
Minta maaf buat ‘content’ menipu
Susulan itu, dirinya teruk dikecam ramai dan setelah seminggu mendiamkan diri, akhirnya Eyka membuka mulut dengan menyatakan permohonan maaf kerana terlibat dalam ‘content’ berkenaan.
Saya ingin memohon maaf atas segala apa yang berlaku. Apa yang saya ingin katakan, saya menerima banyak lontaran dan makian terhadap saya.
Mohon berhenti ganggu dan hina keluarga
Dalam pada itu, Eyka turut memohon agar orang ramai tidak menganggunya lagi, mahupun menghina keluarganya kerana mereka sama sekali tidak bersalah dalam hal ini.
Dia juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih atas teguran serta nasihat yang diberikan oleh netizen susulan kontroversi yang dilakukan.