Desas-desus pergolakan rumah tangga Datuk Seri Aliff Syukri kembali hangat diperkatakan minggu lalu selepas tersebarnya surat tuntutan cerai yang difailkan oleh isterinya, Datin Seri Nur Shahida, malah jutawan kosmetik itu juga turut memuat naik beberapa status sedih.
Berikutan apa yang berlaku, ada pihak yang seolah menyalahkan Aliff tidak menghargai seorang isteri yang selama ini sudah begitu baik dan banyak berkorban untuknya. Mengulas mengenai hal itu, Aliff menafikan dia sudah melafazkan cerai terhadap isterinya. Dia berharap agar tiada pihak menabur fitnah berkenaan perkara tersebut.
Tolong jangan menabur fitnah. Saya tidak pernah berbuat demikian (lafaz cerai). Namun, saya akan ikut segala peraturan yang sudah termaktub seperti apa yang difailkan.
Pada masa yang sama, ada yang memuji dirinya semakin matang menghadapi netizen. Jelas Aliff, dia sudah lali dengan hinaan netizen dan enggan berperangai gila-gila lagi.
Bukan semakin matang tapi sampai satu tahap saya dah lali dengan hinaan masyarakat. Saya nak bahagia saja dan tidak mahu berperangai gila-gila lagi.
Difahamkan, kes perbicaraan pasangan tersebut bakal disambung semula selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah, Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik mahkamah gagal menemui penyelesaian.
Mereka juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Nur Jua
April 7, 2020 at 12:28 pm
Semoga Dato n Datin menemui kebahagiaan dunia akirat.. Biar la apa yg org nk kata..
Anonymous
April 6, 2020 at 7:31 pm
Jangan kita sibuk hal dato Dan datin.. Kita pon x tahu apa yang mereka tengah lalui.. Beri la mereka masa dan tuang untuk bersendirian..
.
.
Rumahtangga korang tu perlu dijaga.. Jangan jga tepi kain org aje..
Melati
April 6, 2020 at 4:36 pm
Saya doakan moga datin dan dato temui kebahagian dunia n akhirat.
Abg malek
April 6, 2020 at 11:17 am
Hah….shahida dah single…yeszzz..akhirnyer….ok aku nak hensemkan diri.aku balik.nak urat dia …aku pun bakal jutawan dlm masa 10 tahun lg .
corono
April 6, 2020 at 9:55 am
jangan fitnah? dah tu sendiri mengundang, post bagai minta perhatian sangat..
pas tu asyik perli bini, buwekkk… aku tak caya cakap si alip ni, harini cakap lain, esok dia dah tekinja kinja balik dah macam beruk