October 13th, 2017

Perkara pertama yang Abang Nara terfikir apabila menyebut “nafkah batin” sudah tentu aktiviti yang hanya boleh dilakukan oleh suami isteri iaitu hubungan seks. Otak Abang Nara tak adalah bersih suci sangat. Memang kalau nafkah batin = seks. Lepas tue barulah terfikir bab-bab batin lain seperti gembirakan hati isteri, bermain dengan anak-anak, bagi didikan agama dan sebagainya. Jadi sudah tentu Abang Nara keliru apabila Joy Revfa memaklumkan yang Hafiz Hamidun tak mampu memberi nafkah batin kepadanya di sidang media semalam.

joy revfa

Joy Revfa telah pun menggunakan akaun sosialnya untuk memberi penerangan lebih lanjut tentang “nafkah batin” yang dimaksudkannya di dalam sidang media semalam. Tulis Joy:-

NAFKAH BATIN? Apa maksud sebenarnya?
.
Since ramai sgt yg kecoh ttg tentang NAFKAH BATIN.. Haa ni nak perjelaskan yg cetek sgt ilmu tu. Jangan pikir Nafkah Batin kononnya nak buat anak je. Dia gagal memberi nafkah batin yg saya maksudkan di sidang media tadi tu membawa byk maksud.. (tak perlu saya perjelaskan disini) Jangan fikir Nafkah Batin tu happy2 atas katil je..

Kalau tak tahu sgt maksud tu google atau tanya ustaz2/ustazah2 dulu apa sebenarnya Nafkah Batin yg saya maksudkan. Yg tetap menghukum saya konon membuka aib dia, silakan. Hanya yg follow kes saya dari awal saja tahu siapa yg buka aib siapa terlebih dahulu.

Tak perlu saya nk explain satu persatu, org2 bijak pandai je yg tahu berfikir & menilai siapa benar atau siapa salah. Akal pendek je salah anggap maksud sebenar Nafkah Batin tu.
.
Bila kita DIAM org duk menghina & mencaci. Bila kita BERSUARA & perjelaskan perkara sebenar org menghukum pulak. Terpulang lah. Bagi saya hanya Allah swt sebaik2 penolong & pelindung..

joy revfa

Joy Revfa turut memuatnaik gambar di bawah sebagai penjelasan “nafkah batin” yang dimaksudkannya:-

joy revfa

Hari ini Abang Nara telah belajar satu ilmu baru daripada Joy Revfa. Terima kasih Joy. Maksud “nafkah batin” ini memang meluas rupanya, bukan sekadar hubungan seksual seperti yang Abang Nara fikirkan. Semoga anda semua juga dapat belajar sesuatu yang baharu hari ini. Sumber Instagram Joy Revfa.


Comments are closed.

Loading...