Pelakon terkenal, Mimi Lana, meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap segelintir rakyat Malaysia yang didakwa menyokong kekejaman rejim Zionis Israel.
Menurut Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, tindakan individu yang sanggup bersekongkol dengan Israel demi kepentingan peribadi jelas menunjukkan pengkhianatan terhadap negara dan maruah diri.
Rakyat Malaysia yang sanggup jadi tali barut Israel adalah pengkhianat sebenar negara dan bodoh!
Demi sedikit habuan yang tak seberapa dan tidak berkat itu, kau sanggup korbankan maruah dan tanah air sendiri. Tak bersyukur betul dapat hidup dekat Malaysia yang aman damai ini.
Pelakon filem The Experts itu turut menegaskan bahawa pengkhianatan tidak akan mampu disembunyikan buat selamanya, malah berharap mereka yang terlibat menerima hukuman paling berat.
Jangan fikir kau akan selamat dan hidup aman sebab pengkhianatan tak akan dapat sembunyi selamanya.
Semoga hukuman paling berat menanti setiap pengkhianat ini! Shame on you (sungguh memalukan).
Kelantangan isteri kepada pelakon Syafiq Kyle itu dipercayai berpunca daripada beberapa komen netizen yang dilihat berpihak kepada Israel dalam isu terkini konflik Gaza.
Sebelum ini, Mimi antara selebriti yang konsisten berkongsi kesedaran tentang perjuangan rakyat Palestin, termasuk memberi sokongan terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.