Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Branded

Jangan Enjoy Sangat Dapat Gaji. Ini 3 Perkara Yang Korang Patut Check!

kwsp

Meriah nampaknya timeline akhir-akhir ni, mana tidaknya insentif yang diperuntukkan kerajaan dah masuk ke dalam akaun penerima kan?

Ramai yang sembang nak buat pelaburan atas talian, beli emas dan ada juga yang nak gunakan untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak menggunakan wang simpanan dan insentif yang diberikan.

Kami faham ramai yang terjejas bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lalu. Ada yang kehilangan pekerjaan, dipotong gaji dan terpaksa berhutang. 

Bagi elakkan perkara seperti ini berlaku lagi, kami nak share 3 tips mudah untuk kukuhkan kewangan dan simpanan bagi korang yang baru nak belajar menguruskan duit.

1.Rancang perbelanjaan dan kewangan

Setiap bulan apabila dapat gaji pastikan korang dah ada bajet perbelajaan yang wajib dibayar contohnya sewa bilik, kereta, keperluan rumah, bil telefon dan sebagainya.

Lepas dah tolak perbelajaan wajib, korang akan dapat baki wang yang boleh digunakan. Haaa.. Kat sinilah penting untuk korang rancang apa yang nak dilakukan dengan perbelajaan boleh guna tu.

2.Buat simpanan wajib

Korang tengok balik tahun 2020, ramai yang susah nak survive sebab takde simpanan untuk kecemasan. Benda ni mungkin tak penting jika korang tak melaluinya. 

Tapi korang tau tak, penting sebenarnya untuk memiliki simpanan wajib kerana ia boleh membantu korang jika terjadi kemalangan atau kecemasan. 

Cuba untuk menyimpan 10 peratus daripada gaji korang tapi kalau keadaan kewangan terhad, korang simpanlah seberapa yang mampu supaya jika terjadi apa-apa kelak poket korang tak kering.

3.Belajar tentang pelaburan

Kami tau ramai yang takut bila cakap tentang pelaburan, tapi korang tau tak pelaburan dapat membantu mengembangkan dan juga merancang kewangan masa depan korang.

Salah satu pelaburan wajib yang korang dah pun lakukan ialah melalui KWSP. Sebenarnya ada banyak je lagi platform pelaburan yang ditawarkan.

Korang kenalah rajin untuk explore dan mengkaji pelaburan apa yang terbaik dan sesuai dengan bajet.

Platform Caruman Masa Hadapan

Pandemik ni sebenarnya umpama wake up call untuk kita semua, supaya sentiasa bersedia dengan simpanan dan pelaburan. Bayangkan kalau keadaan ini berulang lagi, adakah korang betul-betul dah bersedia?

Pelaburan ni umpama tanam pokok, korang perlu menunggu beberapa tahun untuk melihat pokok yang korang tanam mengeluarkan hasil.

Macam tu juga dengan pelaburan, apa yang korang simpan dan laburkan hari ini adalah untuk membantu korang merancang matlamat persaraan dan menjalani kehidupan hari tua yang lebih baik.

Beringat Sebelum Kena Berjimat Sebelum Habis

Sebab itu kami nak nasihatkan korang kalau tiada keperluan tak perlu kot nak keluarkan simpanan korang, teruskan je mencarum demi masa hadapan.

Nanti dah boleh keluarkan caruman, suka hati koranglah nak enjoy sakan atau melancong satu dunia. Jangan gadaikan simpanan masa depan korang untuk kesenangan yang sementara. Bak kata pepatah sudah terhantuk nanti, baru hendak tengadah.

Jadi buatlah pilihan dengan tepat dan bijak, fikir sebaiknya adakah mengeluarkan caruman merupakan satu keperluan atau sekadar memenuhi kehendak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top