Dapat dilihat melalui akaun Instagram isteri pertama kepada pendakwah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI), dia seolah-olah memberi bayangan mengizinkan suaminya kahwin dengan wanita lain lagi untuk dijadikan sebagai isteri keempat.
Melalui perkongsiannya di platform media sosial itu, isteri pertama yang dikenali sebagai Ummi Rogayah memberikan serangkap pantun seperti sudah bersedia menerima madu baru tapi meminta pendakwah itu untuk berterus-terang kepada ketiga-tiga isterinya.
View this post on Instagram
Kalau ada sumur di ladang, boleh kami menumpang mandi. Kalau ada umur yg panjang, jangan asyik sebut nak kahwin lagi. Pesanan daripada penaja, jangan asyik sebut-sebut sahaja lah, beritahu je terus.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-ratanya merasakan wanita tersebut telah terbuka hati untuk menerima takdir Tuhan dengan menerima madu buat kali ketiga.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga memuji hati wanita tersebut yang sangguh berkongsi kisah dan mendoakan dia mendapat ganjaran syuarga kelak nanti.