Baru-baru ini, pendakwah popular iaitu Ustaz Don Daniyal telah memberi sedikit nasihat buat golongan isteri yang mengalami situasi kekerasan rumah tangga yang dilakukan oleh pasangan.
‘Kita kena sayang diri kita dulu’
Melalui sesi temubual Ustaz Don bersama sebuah portal hiburan, dia berkata selain berdoa kepada Allah SWT untuk memberi jalan keluar, para isteri turut perlu membuat laporan polis jika suami sudah ‘naik tangan’.
Jangan doa sahaja. Kena pergi lapor polis. Kita kena sayang diri kita dulu. Macam mana Allah nak suruh mahkluk lain sayangi kita kalau kita tidak sayangkan diri sendiri.
View this post on Instagram
Allah SWT cipta kaum hawa untuk dilindungi
Dalam pada masa yang sama, pendakwah tersebut turut memberi pesanana buat kaum lelaki yang sudah bergelar suami bahawa Allah mencipta kaum hawa untuk dihargai serta dilindungi, bukannya disakiti.
Jadi jika ‘bahasa cinta’ ditunjukkan suami menerusi kekerasan, dalam Islam sendiri minta pergi mengadu. Kasar sangat bahasa cinta dia (suami) macam tu.
Sebelum ini, tular berita mengenai bekas model popular, Zahnita Wilson dan Elliza Razak berkongsikan penderitaan di platform media sosial mengenai diri mereka dikasari suami selama bertahun-tahun.