“Jangan Ditegur, Melenting Puak Ni” – Chris Martin Pakai Topeng Bermata Satu Ketika Konsert Di Malaysia, Didakwa Ada Maksud Disebalik

Hiburan

“Jangan Ditegur, Melenting Puak Ni” – Chris Martin Pakai Topeng Bermata Satu Ketika Konsert Di Malaysia, Didakwa Ada Maksud Disebalik

Salah satu konsert yang berjaya meraih penonton yang terbesar, konsert kumpulan Coldplay telah menjadi bualan netizen kebelakangan ini. Meskipun sempat disangka akan ditunda kerana gesakan segelintir pihak, namun akhirnya acara itu berlangsung dengan jayanya.

Namun, tidak semua yang gembira dengan acara besar-besaran itu. Terkini ada seorang individu yang tampil memuat naik sebuah video yang mempersoalkan salah satu persembahan yang dilakukan oleh Chris Martin, vokalis kumpulan itu pada malam tersebut.

Advertisement

‘Persembahan’ dari Coldplay, sanggup bersesak redah jammed dan basah kuyup. Kita pun seronok menyembah tanpa sedar perbuatan kita sendiri.

Jangan ditegur, melenting puak ni.

@pakdongrill #dajjal #ritual #stadiumbukitjalil #coldplay ♬ Royalty – Egzod & Maestro Chives & Neoni

Video yang memapar kan kompilasi beberapa gambar Coldplay yang memakai topeng bermata satu serta beberapa potongan gambar mereka yang hadir itu telah meraih perhatian netizen. Individu tersebut telah mendakwa kumpulan artis berkenaan telah membuat sebuah ritual ketika konsert itu berlangsung.

Bukan itu sahaja, rata-rata juga menyokong dakwaan individu tersebut dan menasihati agar tidak membuat teguran tersebut kerana risau peminat-peminat yang hadir pada malam itu akan menunjukkan protes dan mengecam pengantar video itu.

Walaupun begitu, ramai masih tidak tahu dengan kesahihan dakwaan tersebut dan tiada penjelasan dari mana-mana pihak lagi buat masa sekarang. Mungkin saja itu hanyalah sebahagian dari kostum persembahan dan tiada apa-apa maksud disebalik perbuatan itu.

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

twt
1 year ago

"'Main Character Syndrom Is Real'" - Melamar Di Tengah-Tengah Konsert Coldplay, Lamaran Ikut Budaya Barat Undang Kecaman Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...