Jangan Dibuang Dulu! Ini 10 Manfaat ‘Silica Gel’ Dalam Kehidupan Seharian

Trending

Jangan Dibuang Dulu! Ini 10 Manfaat ‘Silica Gel’ Dalam Kehidupan Seharian

Umum pasti tahu, barangan yang baru dibeli seperti kasut dan beg akan disertakan dengan sebuah uncang kecil Gel Silika. Kebanyakkan orang akan buang uncang itu kan.

Tetapi sebenarnya terdapat banyak kegunaan Gel Silika ini tau!

Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM), antara manfaat yang korang boleh cuba menggunakan uncang kecil Gel silika ini adalah :

Advertisement
gel silika dalam kasut

Gambar Hiasan

1. Letakkan pada handphone.

  • Tindakan ini dapat mengeringkan peralatan yang terkena air. Mudah je! masukkan silica gel dan handphone ke dalam satu plastik kedap udara (ziplock). Biarkan selama 5 hingga 6 hari.

2. Letakkan di bawah cermin depan kereta.

  • Ini dapat menyerap kelembapan cermin depan pada waktu pagi tanpa perlu bersihkan menggunakan kain.

3. Selitkan dalam buku yang basah.

  • Jika korang selitkan pada bahagian lembab, buku akan kering keesokan harinya.

Gambar Hiasan

4. Letak dalam kasut.

  • Mudah je, letak beberapa uncang kecil Gel Silika ntuk menyerap bau busuk dan hapak. Best kan?

5. Masukkan dalam beg kulit.

  • Macam korang tahu, beg kulit mudah terhakis, Gel Silika juga mampu untuk elak kerosakan tau. Barulah boleh pakai lama!

6. Masukkan ke dalam beg kamera.

  • Manfaat ini adalah untuk panjangkan hayat kamera, malah memberikan fungsi yang lebih maksima.
Gel Silika di Kotak perhiasan

Gambar Hiasan

7. Letakkan di kotak / bekas perhiasan.

  • Korang juga boleh letakkan Gel Silika di kotak perhiasan seperti cincin untuk elakkan karat.
Gel silika dalam lipatan baju

Sumber : Seismik TV

8. Selitkan ke dalam lipatan baju.

  • Langkah ini akan menghasilkan baju sentiasa berbau ‘baru’ selain tahan lebih lama!

9. Letakkan bersama alat pencukur.

  • Sediakan plastik kosong dan letakkan Gel Silika bersama alat pencukur, barulah tak berkarat. Jangan letak di singki atau rak pula ya.

Sumber : Sekh Karim

10. Selitkan pada album lama.

  • Sebelum album lama berkarat dan dimakan anai-anai, jom kita selesaikan! Mudah je, sediakan kotak dan letakkan bersama album dan Gel Silika. Gambar akan kekal kering dan tidak rosak.

Jom kita sama-sama manfaatkan, elak pembaziran dan mari guna-pakai apa yang ada. Mudah dan pantas, hasil pun memuaskan.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...