Umum pasti tahu, barangan yang baru dibeli seperti kasut dan beg akan disertakan dengan sebuah uncang kecil Gel Silika. Kebanyakkan orang akan buang uncang itu kan.
Tetapi sebenarnya terdapat banyak kegunaan Gel Silika ini tau!
Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM), antara manfaat yang korang boleh cuba menggunakan uncang kecil Gel silika ini adalah :
1. Letakkan pada handphone.
- Tindakan ini dapat mengeringkan peralatan yang terkena air. Mudah je! masukkan silica gel dan handphone ke dalam satu plastik kedap udara (ziplock). Biarkan selama 5 hingga 6 hari.
2. Letakkan di bawah cermin depan kereta.
- Ini dapat menyerap kelembapan cermin depan pada waktu pagi tanpa perlu bersihkan menggunakan kain.
3. Selitkan dalam buku yang basah.
- Jika korang selitkan pada bahagian lembab, buku akan kering keesokan harinya.
4. Letak dalam kasut.
- Mudah je, letak beberapa uncang kecil Gel Silika ntuk menyerap bau busuk dan hapak. Best kan?
5. Masukkan dalam beg kulit.
- Macam korang tahu, beg kulit mudah terhakis, Gel Silika juga mampu untuk elak kerosakan tau. Barulah boleh pakai lama!
6. Masukkan ke dalam beg kamera.
- Manfaat ini adalah untuk panjangkan hayat kamera, malah memberikan fungsi yang lebih maksima.
7. Letakkan di kotak / bekas perhiasan.
- Korang juga boleh letakkan Gel Silika di kotak perhiasan seperti cincin untuk elakkan karat.
8. Selitkan ke dalam lipatan baju.
- Langkah ini akan menghasilkan baju sentiasa berbau ‘baru’ selain tahan lebih lama!
9. Letakkan bersama alat pencukur.
- Sediakan plastik kosong dan letakkan Gel Silika bersama alat pencukur, barulah tak berkarat. Jangan letak di singki atau rak pula ya.
10. Selitkan pada album lama.
- Sebelum album lama berkarat dan dimakan anai-anai, jom kita selesaikan! Mudah je, sediakan kotak dan letakkan bersama album dan Gel Silika. Gambar akan kekal kering dan tidak rosak.
Jom kita sama-sama manfaatkan, elak pembaziran dan mari guna-pakai apa yang ada. Mudah dan pantas, hasil pun memuaskan.