Sedia maklum, hubungan pemain boleh sepak, Faisal Halim dan isteri yang sebelum ini bergolak telah pun kembali pulih selepas kedua-dua pihak dilihat kembali mesra dan memperbetulkan keadaan.
Terbaru, hal yang mencuri perhatian ramai apabila sewaktu ditemubual oleh pihak media, Faisal, 27, dilihat meluahkan perasaan sayangnya terhadap isteri, Nur Syazwani selepas melalui detik-detik sukar dalam rumah tangga mereka.
Kepada isteri saya, Syazwani. Jangan dengar mulut-mulut orang sangat. Kita stay dengan keluarga kita. Insya-ALLAH. Daddy love you, Mummy.
@majoritiofficial Semoga kekal bahagia Mickey dan isteri. ✨ Klik link untuk berita penuh #faisalhalim #podium #selangor #trendingnewmalaysia #beritaterkini ♬ Doaku Untukmu Sayang – Xeptemper
Susulan meninggalkan pesanan sweet buat Syazwani, rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut tumpang gembira melihat pasangan itu memilih memperbaiki hubungan rumah tangga serta puji effort Faisal mempertahankan perkahwinan yang dibina.
Sebelum ini, media melaporkan rumah tangga pemain Harimau Malaya itu dengan isterinya sedang goyah dek Syazwani memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, baru-baru ini sebelum memilih untuk berbaik semula.