“Jangan Dendam, ‘Bengkak Hati’ Kalau Puteri Sarah Kahwin Lain” – Datuk Yusof Haslam Kirim Pesanan Buat Syamsul

Hiburan

“Jangan Dendam, ‘Bengkak Hati’ Kalau Puteri Sarah Kahwin Lain” – Datuk Yusof Haslam Kirim Pesanan Buat Syamsul

Pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam tampil memberi sedikit pesanan buat anaknya, Syamsul Yusof susulan daripada perceraian rumah tangga bersama isteri, Puteri Sarah Liyana yang bakal berlaku pada 18 April ini.

Maklum Yusof, dia menghormati keputusan pasangan itu demi kebaikan semua pihak.

Advertisement

Pesannya kepada Syamsul, dia perlulah membuang ego dan jangan sesekali menyimpan dendam terhadap Puteri Sarah Liyana setelah bercerai kelak.

Ini bukan perpisahan yang biasa tapi perpisahan yang meninggalkan zuriat. Jadi saya harap kedua-duanya tahu tanggungjawab. Kena buang ego, jangan pentingkan diri, fikir masa depan anak-anak.

Dalam pada itu, pengarah itu juga berharap tiada dendam disimpan dalam hati dan akan terus menganggap Puteri Sarah sebagai menantunya.

Kelak jika bekas isteri ada bertemu pasangan lain, Syamsul jangan bengkak hati, jangan berdendam. Saya sangat berharap agar silaturrahim antara mereka terjaga demi anak-anak.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan telah menetapkan tarikh 18 April bagi tujuan Syamsul Yusof melafazkan cerai terhadap isterinya, Puteri Sarah.

Perkara tersebut dilakukan setelah peguam syarie kedua-dua belah pihak telah memaklumkan terdapat penyelesaian terbaru antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.

Shuhada hafidz roshdi hamil anak ke3
1 year ago

"Saya Dah Cuba Kuat.." - Isteri Hafidz Roshdi Umum Hamil Anak Ketiga, Akui Bimbang Tekanan Melampau Beri Kesan Pada Bayi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...