“Jangan Daripada Cantik Jadi Lain!” – Maria Farida Ada Pandangan Sendiri Tentang Pembedahan Kosmetik

Hiburan

“Jangan Daripada Cantik Jadi Lain!” – Maria Farida Ada Pandangan Sendiri Tentang Pembedahan Kosmetik

Meskipun telah menginjak usia 51 tahun, namun kecantikan aktres jelita, Datin Seri Maria Farida sehingga kini memang tiada tandingannya.

Advertisement

Bagaimanapun, kejelitaannya itu difahamkan asli kerana sebelum ini beliau tampil mendedahkan bahawa dirinya langsung tidak pernah melakukan apa-apa pembedahan di wajah.

Rentetan itu, beliau khabarnya mempunyai pandangan sendiri mengenai kegilaan orang ramai yang melakukan pembedahan kosmetik.

Katanya, setiap orang mempunyai hak untuk melakukannya, namun pembedahan atau pengubahsuaian wajah yang dilakukan haruslah tidak melampaui batas.

“Sesetengah orang akan rasa lebih gembira dan yakin diri jika mereka lakukan pembedahan kosmetik, jika begitu, lakukan sahajalah. Cuma bagi saya, sesiapa yang mahu lakukannya, janganlah melampaui batas, jangan daripada cantik menjadi lain pula.”

Ujarnya lagi, beliau sendiri pernah melihat individu yang terlalu mengubah wajah sehingga menghilangkan kecantikan asal.

“Saya pernah melihat ada juga yang terlalu mengubah wajah, kalau sikit-sikit tidak mengapa, kita pula yang rasa sayang akan wajah asalnya.”

Untuk rekod, Maria mulai menceburi dunia hiburan pada sekitar tahun 1991. Biarpun wujud lambakan artis-artis baharu, namun beliau dikatakan masih berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...