March 20th, 2019

Hati wanita mana yang tidak terluka apabila suami yang dicintai curang? Begitulah juga yang dirasakan oleh penyanyi Bella Astillah.

Bella mengakui terlalu emosi dan hilang pertimbangan ketika mendedahkan butiran skandal suaminya, Aliff Aziz bersama pelakon baru, Oktovia Manrose. Namun, Bella tidak pernah berniat untuk memalukan sesiapa.

Saya tidak menggunakan media sosial sebagai platform untuk mengaibkan. Ibu pun mendidik saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi setiap manusia mempunyai tahap kesabaran masing-masing. Mungkin waktu itu saya tidak dapat mengawal emosi.

Tapi itu cara Bella untuk menasihatkan wanita di luar sana lebih berhati-hati sebelum membuat sesuatu. Suami atau isteri orang ini tidak boleh dibuat main. Jangan cuba bermain dengan api.

Hidup berumah tangga ini memang akan ada banyak dugaan yang menguji kesetiaan pasangan. Memang sukar sebenarnya untuk memahami segala derita dan perit yang dirasai oleh Bella berkaitan kontroversi kecurangan suaminya.

Apa-apa pun, dengan penjelasan ini harapnya tiada lagi pihak yang menunding jari mengatakan beliau sengaja ingin mengaibkan Aliff dan Oktovia.

Sumber Berita : Instagram Majalah Nona

79 responses to “Jangan Cuba Bermain Api Dengan Isteri Orang – Bella Astillah”

  1. Miraa says:

    1. Sebelum kahwin pun u dah tau aliff ada banyak skandal/player so takyah nak blame orang lain mcm aliff tu sesuci lebaran sangat.
    2. Dah dua kali aliff ada perempuan lain selepas u both kahwin, perempuan berbeza pula tu. Taknak muhasabah diri ke? Ada kemungkinan tak u bermasalah juga? Bini dah cantik, anak dah comel, mentua dah helok tapi tetap juga ada perempuan lain yang berbeza. Instead of blaming other girl kenapa tak muhasabah diri u juga?

    Dahla Bella. Ada masalah lakibini simpan ja. U dedah aib serang pmpuan lain last last u kembali juga ke dakapan aliff.

  2. umairah says:

    harap akula yg last komen