Jangan Cuba Bermain Api Dengan Isteri Orang – Bella Astillah

Hiburan

Jangan Cuba Bermain Api Dengan Isteri Orang – Bella Astillah

Hati wanita mana yang tidak terluka apabila suami yang dicintai curang? Begitulah juga yang dirasakan oleh penyanyi Bella Astillah.

Bella mengakui terlalu emosi dan hilang pertimbangan ketika mendedahkan butiran skandal suaminya, Aliff Aziz bersama pelakon baru, Oktovia Manrose. Namun, Bella tidak pernah berniat untuk memalukan sesiapa.

Advertisement

Saya tidak menggunakan media sosial sebagai platform untuk mengaibkan. Ibu pun mendidik saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi setiap manusia mempunyai tahap kesabaran masing-masing. Mungkin waktu itu saya tidak dapat mengawal emosi.

Tapi itu cara Bella untuk menasihatkan wanita di luar sana lebih berhati-hati sebelum membuat sesuatu. Suami atau isteri orang ini tidak boleh dibuat main. Jangan cuba bermain dengan api.

Hidup berumah tangga ini memang akan ada banyak dugaan yang menguji kesetiaan pasangan. Memang sukar sebenarnya untuk memahami segala derita dan perit yang dirasai oleh Bella berkaitan kontroversi kecurangan suaminya.

Apa-apa pun, dengan penjelasan ini harapnya tiada lagi pihak yang menunding jari mengatakan beliau sengaja ingin mengaibkan Aliff dan Oktovia.

Sumber Berita : Instagram Majalah Nona

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...