“Jangan Cium Bayi Orang Lain. Cium Anak Sendiri Boleh. Ok?” – Neelofa

Hiburan

“Jangan Cium Bayi Orang Lain. Cium Anak Sendiri Boleh. Ok?” – Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa menegaskan supaya orang luar tidak sewenang-wenangnya mencium bayi yang bukannya milik mereka.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh Neelofa di InstaStory, selebriti tersebut mengulang siar sebuah video yang berkongsi sebab buruk orang ramai tidak sesuka hati memegang bayi milik orang lain kerana si kecil boleh terdedah dengan jangkitan pernafasan Respiratory Syncytial Virus (RSV) yang menjejaskan paru-paru dan sistem badan lain.

Advertisement

Dalam pada itu, pengacara Next To Neelofa itu sempat menitipkan pesanan berharap agar orang di luar sana tidak terasa hati dengan nasihat yang diberikan kerana ia adalah demi kesihatan bayi.

Jangan cium bayi orang lain. Cium anak sendiri boleh. Ok? Jangan terasa kerana itu semua demi kesihatan bayi kecil…”

Neelofa turut berkongsi pengalaman yang membimbangkan apabila melihat anaknya Muhammad Bilal disentuh orang lain.

Kadang bila tengok orang luar pegang pipi anak sendiri pun mak dia ni rasa dah tak boleh nafas, apa lagi kalau cium..Ummi Bilal ni jerit tak berlagu kot.”

Untuk info, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor telah mendirikan rumah tangga bersama pendakwah selebriti Haris Ismail yang lebih dikenali sebagai PU Riz dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

2 years ago

(VIDEO) "It's Your Right" - Akhirnya Dedah Wajah Bilal, Netizen Simpati Dengan Neelofa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...