“Jangan Cetuskan Drama Tidak Perlu” – Anzalna Berharap Amira Othman Tidak Dibandingkan Dengan Sesiapa

Hiburan

“Jangan Cetuskan Drama Tidak Perlu” – Anzalna Berharap Amira Othman Tidak Dibandingkan Dengan Sesiapa

Pelakon Anzalna Nasir menasihati orang ramai agar tidak membandingkan penyanyi Amira Othman dengan sesiapa pun, lapor mStar.

Menurut Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, 37, setiap wanita mempunyai keistimewaan tersendiri dan tidak wajar dijadikan bahan perbandingan.

Advertisement

Katanya,

Janganlah kita mencetuskan drama yang tidak perlu. Saya benar-benar menghormati Amira kerana dia seorang wanita hebat dengan kelebihan tersendiri. Disebabkan itu saya bersyukur dapat menjadi sahabatnya.

fattah amira kahwin

Pesanan itu dikongsikan Anzalna menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya pada Isnin. Dalam masa yang sama, pelakon drama Adam Hawa ini turut menyeru agar netizen lebih positif serta meraikan kebahagiaan masing-masing tanpa menimbulkan perbalahan.

Tambahnya,

Saya ikhlas mendoakan yang terbaik buat semua orang, jadi marilah kita sama-sama bergembira melihat kebahagiaan mereka.

Untuk rekod, Anzalna turut hadir ke majlis akad nikah pasangan Fattah Amin dan Amira Othman yang berlangsung di Golden Palm Tree, Sepang, pada malam Ahad lalu. Anzalna hadir sebagai pembawa dulang hantaran bagi pihak pengantin perempuan bersama selebriti lain seperti Ernie Zakri, Hawa Rizwana dan Nabila Razali.

2025-09-14 22:38:20

(FOTO) Bertemakan Islamik, Ini Kompilasi Momen Indah Di Majlis Pernikahan Fattah Amin & Amira Othman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...