Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jangan Cepat Melatah Dan Terasa Dengan Istilah ‘Sendu’ – DSV

Selepas dikecam hebat dan ingin diboikot oleh penggiat industri muzik tempatan gara-gara istilah ‘sendu’, Datuk Seri Vida tampil memberikan penjelasan. Beliau meminta agar artis lain tidak cepat melatah kerana tidak merujuk kepada sesiapa.

Advertisement

Jika istilah yang beliau gunakan itu salah, apa kata orang ramai membetulkannya dan memberitahu perkataan yang sesuai untuk beliau katakan.

Jangan salah tafsir istilah ‘sendu’ yang saya maksudkan. Saya tak maksudkan ‘sendu’ tu bermakna anda bukan siapa-siapa. Ia merujuk kepada perbezaan anda dari zaman kegemilangan dan setelah anda tak gemilang. Kenapa nak terasa?

Kalau artis tu dah lama tak menyanyi, lama menyepi, lama menghilang dan lama tak muncul TV apa istilahnya tu? Kalau saya salah, tolong betulkan. Bagi saya jawapannya.

Terdahulu, DSV  berkata beliau sebagai penaja program tidak pernah ingin membuli artis untuk kepetingan diri sendiri sebaliknya program Gegar Vaganza diadakan dengan tujuan ingin menaikkan semula nama artis yang ‘sendu’.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

56 Comments

  1. miss_Oppssssssssss

    October 11, 2018 at 8:15 am

    Layak jadi Menteri si DV ni.. Sebab pandai u-turn………..

  2. Anonymous

    October 10, 2018 at 4:41 pm

    BAHAGIAN Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan 14 produk kosmetik yang kini berada di pasaran kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

    Produk berkenaan termasuk Diamond Gold Skin Care – Diamond Gold Day Cream; Diamond Gold Skin Care – Diamond Gold Night Cream; Diamond Gold Skin Care – Diamond Gold Treatment Cream; Alora Night Glowing Cream; Karisma Nightcream Kunyit; Karisma Daycream dan Karisma Treatment Sarang Burung.

    Selain itu, produk lain adalah Seputih Melati Night Cream Whitening; Seputih Melati Night Cream Glowing; Majaja Serum Channtiq; SYMA Magical Serum; SYMA Facial Cleanser; Khumaera Moistskin Cleanser dan Bao Shu Tang Snow Lotus Cream.

    info dri harian metro

  3. BOIKOTTTT

    October 10, 2018 at 3:32 pm

    BOIKOTTTTTTT PRODUCT MAKCIK NI… QU PUTEHH PUIIIIIIII

  4. Kamus Oxford

    October 10, 2018 at 12:48 pm

    Sendu tu kalau tengok Kamus Dewan ialah sedih dan pilu.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top