“Jangan Cemburu Rezeki Orang” – Jual Tak Sampai RM100, Aliff Syukri Bakal Disaman ‘Founder’ Beg Terkenal Gara-Gara ‘Design’ Hampir Sama

Trending

“Jangan Cemburu Rezeki Orang” – Jual Tak Sampai RM100, Aliff Syukri Bakal Disaman ‘Founder’ Beg Terkenal Gara-Gara ‘Design’ Hampir Sama

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang berniat untuk menyamannya berikutan pengeluaran reka bentuk beg yang serupa dengan reka bentuk viral yang pernah tular sebelum ini.

Menerusi klip potongan dari sesi live TikTok, Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata sebagai peniaga, mereka tidak seharusnya merasa cemburu dengan rezeki yang ditentukan oleh Allah S.W.T.

Advertisement

Tak boleh nak cemburu dengan rezeki orang.Apabila awak menyekat rezeki orang dengan saman, tak baik lah.

Bagi saya kalau berniaga kena percaya dengan kredibiliti awak dan target market.Asalkan orang tersebut tak ambil jenama awak dan tiru reka bentuk saya rasa okay.Saya terkilan kenapa nak saman.

Aliff, yang juga suami kepada Datin Seri Shahida, menegaskan bahawa beliau menjual beg tersebut pada harga yang mampu milik dengan niat untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Saya hormat dengan semua peniaga, tidak kisah peniaga kecil atau besar.

Saya punya niat apabila berniaga bukan nak berlawan dengan orang tetapi berniaga nak bantu orang yang mungkin nak beli yang mahal tapi tak mampu. Saya boleh bagi harga mampu milik sebab sekali reka bentuk beg saya keluar dengan kuantiti sekitar 20 juta.

Usahawan ini menjelaskan bahawa dalam dunia perniagaan, rezeki setiap individu telah ditetapkan dan beliau tidak melihat persaingan sebagai halangan, sebaliknya ingin terus berusaha membantu mereka yang memerlukan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

menunggang isu gajah mati
3 hours ago

"Asal Boleh Buat Duit" - Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati, Netizen Kecam Tindakan 'Tunggang' Isu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...