Boleh dikatakan ibu mentua Puteri Sarah iaitu Datin Patimah selalu ada disisinya dan sokong setiap keputusan yang dilakukan oleh pelakon tersebut selama kontroversi rumah tangga berlaku.
Terbaru, isteri kepada pengarah hebat, Datuk Yusof Haslam itu sekali lagi memberi amaran kepada individu yang ‘busuk hati’ untuk tidak pertikaikan alasan dia terlalu sayang kepada menantunya itu.
Jangan ada yang cemburu betapa kami kisahkan menantu kami, Puteri Sarah kerana dia ibu kepada cucu-cucu kami.
@norainibasre Membalas kepada @user1479609261661 #norainibasre #binafshasweet #norainibasreshop #puterisarahliyana #lumier #cleansingbalm #norainibasre #sumayyahmohdshamsul ? original sound – Noraini Basre
Dalam pada masa yang sama, Patimah turut menyatakan bahawa dia faham keperitan yang dilalui oleh Sarah selama rumah tangganya sebelum ini diganggu oleh orang ketiga, Ira Kazar.
Untuk info ramai, Syamsul Yusof membuat pengumuman mengejut di Instagram pada Januari lalu bahawa dirinya sudah berkahwin untuk kali kedua bersama anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.