Sejak kebelakangan ini banyak kontroversi yang melibatkan selebriti di Malaysia menjadi perhatian pengguna media sosial. Hal tersebut menyebabkan penyanyi Amira Othman ini terpanggil untuk mengulas tentang perkara itu.
Tak perlu ambil tahu urusan orang
Menurut penyanyi ini, dia berpendapat dirinya cuba untuk tidak menjaga tepi kain orang dan fokus pada dirinya sahaja. Menurutnya, semua orang pernah melakukan kesalahan dan masing-masing mempunyai ujian tersendiri.
Saya selalu pesan diri sendiri untuk tidak perlu ambil tahu urusan orang lain sebab mahukan ketenangan dalam hidup.
Tidak mahu ‘kepochi’ hidup orang lain sebab kita semua ada ujian dan takdir yang berbeza.
View this post on Instagram
Sebarkan aib pada orang umum
Bukan itu sahaja, Amira juga menjelaskan dirinya lebih memilih untuk berdiam diri daripada menjadi individu yang menyebarkan aib orang lain. Kata penyanyi ini, jika dia terdengar tentang aib seseorang, dirinya tidak mahu menambah dosa dengan menyebarkannya.
Tambahan pula, Amira turut menasihati orang ramai untuk tidak sibuk dengan perihal orang lain jika tiada kena mengena dengan diri sendiri.
Kalau terdengar pun hanya akan di situ sahaja. Tidak akan disampaikan sebab tak suka cerita saya disampai-sampaikan dan enggan buat pada orang lain.
Dunia sementara sahaja, tidak perlulah sibuk-sibuk kita aibkan sesama manusia. Allah tutup banyak sangat aib dan dosa kita.
Jangan mendengar yang tidak perlu didengar, jangan melihat yang tidak perluu dilihat dan jangan pernah cari tahu yang tidak perlu kita tahu.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.