March 30th, 2020

Sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial apabila ada beberapa artis seperti Black Hanifah, Tomok dan Shuib Sepahtu mencadangkan agar kerajaan memberikan bantuan khusus untuk penggiat seni yang terjejas sumber pendapatan susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pandangan mereka dan berpendapat kerajaan harus mengutamakan rakyat yang lebih memerlukan ketika saat genting disebabkan penularan wabak COVID-19.

black hanifah

Terbaru, meskipun dikecam teruk, Black nampaknya tetap prihatin membantu meringankan beban golongan yang terkesan sepanjang tempoh PKP. Dia memutuskan tidak mengambil sewa bulan April daripada beberapa penyewa rumah miliknya.

“Ini bukan riak. Jangan cakap saya nak menunjuk pula” – Black

black rumah sewa black rumah sewa black hanifah bantuan kerajaan

Dia juga berkata, kenyataannya sebelum ini disalah tafsir oleh netizen. Black menjelaskan dia hanya bersuara dan berjuang untuk penggiat seni mendapatkan hak masing-masing dan bukanlah meminta bantuan untuk dirinya.

“Kaya betul ni. Apa lagi, bantulah negara” – Netizen

black rumah sewa black rumah sewa black rumah sewa

Seperti yang dijangka, masih ramai yang terus mengecamnya. Menuduh Black sengaja ingin menayang hartanya.

Kita lihat dari suduh positif sahaja, niat Black itu baik dan semoga apa yang dilakukannya itu dapat menjadi contoh buat orang lain juga.


8 responses to “Jangan Cakap Saya Nak Menunjuk Pula – Black Tak Ambil Sewa Untuk 6 Buah Rumah Miliknya”

  1. Fadzil Atan says:

    Kalau bukan menunjuk 6 Buah Rumah tu.
    Nak dipanggil apa yer?

    Kalau akulah. Aku just mintak maaf, move on & diamkan diri. Jangan comment apa2 dah.

    Biar Allah sahaja yg menilaikannya.

  2. poosak says:

    WOW 6 buah rumah????????? yang ni bukannya average property yg majority of msians ade ni….

  3. Caprie says:

    Kaya seyyy.. lagi kaya drpd laki aku ingineur berilmu..

  4. Gua ushar je says:

    Lu nak buat baik xyah tunjuk black.tu antara lu dgn Sang Khaliq..kalau sesiapa yg menderma tp masih nak buat video, uplod sana sini bagai..maknanya masih mngharap pnsangan dan sanjungan sesama makhluk..aku ckp ni xkira la pd siapa..umum aku tembak. Xkira lu ustad,artis,pemimpin atau rakyat marhaen sekali..apa kebaikan lu org buat simpan hanya korang dgn ALLAH SWT..br ikhlas dtg dan moga2 diterima amalan baik..pansangan dan sanjungan manusia x bw mati..tp amalan yg ikhlas dan diterima itu kita bw sbg bekalan..xkisa la lu artis kaya ke sendu bagai..yg penting niat ikhlas dan xyah nak menunjuk2 sgt gaya hidup kat dunia pinjaman yg x kekal ni..bukan dunia kita nka kejar tp alam selepas kematian..gua pun pesan pd diri sendiri yg x lengkap ni

  5. nana says:

    wah…..dh tu tolong la mana mampu. aku yg kena cuti tanpa gaji ni redha je la. nasib baik laki aku jenis menyimpan. paling pun mampu tolong adik beradik tersepit je. artis yg kaya raya, bincang dgn persatuan artis, keluarkan dana dlu nnt jana la semula. aku yg kerja kilang pun tak TERHEGEH2 DUIT KERAJAAN sebab aku ada duit lg walaupun tak mewah. yg kerja gaji hari tu g la zakat atau adun tmpt korang. tu pun otak tak berhubung.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...