Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jangan Cakap Saya Nak Menunjuk Pula – Black Tak Ambil Sewa Untuk 6 Buah Rumah Miliknya

black hanifah rumah sewa

Sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial apabila ada beberapa artis seperti Black Hanifah, Tomok dan Shuib Sepahtu mencadangkan agar kerajaan memberikan bantuan khusus untuk penggiat seni yang terjejas sumber pendapatan susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pandangan mereka dan berpendapat kerajaan harus mengutamakan rakyat yang lebih memerlukan ketika saat genting disebabkan penularan wabak COVID-19.

black hanifah

Advertisement

Terbaru, meskipun dikecam teruk, Black nampaknya tetap prihatin membantu meringankan beban golongan yang terkesan sepanjang tempoh PKP. Dia memutuskan tidak mengambil sewa bulan April daripada beberapa penyewa rumah miliknya.

“Ini bukan riak. Jangan cakap saya nak menunjuk pula” – Black

black rumah sewa black rumah sewa black hanifah bantuan kerajaan

Dia juga berkata, kenyataannya sebelum ini disalah tafsir oleh netizen. Black menjelaskan dia hanya bersuara dan berjuang untuk penggiat seni mendapatkan hak masing-masing dan bukanlah meminta bantuan untuk dirinya.

Advertisement

“Kaya betul ni. Apa lagi, bantulah negara” – Netizen

black rumah sewa black rumah sewa black rumah sewa

Seperti yang dijangka, masih ramai yang terus mengecamnya. Menuduh Black sengaja ingin menayang hartanya.

Kita lihat dari suduh positif sahaja, niat Black itu baik dan semoga apa yang dilakukannya itu dapat menjadi contoh buat orang lain juga.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. hanie

    March 30, 2020 at 8:27 pm

    kalau ko dh bnyk umah sewa bg sewa kt kwn2 retis ko tu yg x ade umah..bg jer percuma dok umah tu…baru betui…nie setakat nk menunjuk x yah laaaa…ko g lah bantu kwn2 retis ko tuu..kais pagi makan pagi kais petang makan esok?

  2. kak kiahh

    March 30, 2020 at 2:26 pm

    haah betul jgk…hahaha dh tk bayar kalo ko amik jugak sewa memg ko
    sangkak!! tp april jer???? hahhaha

  3. hakak

    March 30, 2020 at 1:47 pm

    elehhh… kau pun tak bayar loan rumah kau tu 6 bulan kan..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top