“Jangan Cakap Kami Tak Ajar” – Adik Sering Dikecam Seksi, Sharifah Shahirah Suruh Bagi Masa

Hiburan

“Jangan Cakap Kami Tak Ajar” – Adik Sering Dikecam Seksi, Sharifah Shahirah Suruh Bagi Masa

Sedia maklum, Sharifah Sakinah merupakan selebriti yang sering kali terpalit dengan kontroversi serta isu berpakaian seksi dan disebabkan itu, dia sering di kecam netizen.

Oleh kerana adik-beradik, kakaknya iaitu Sharifah Shahirah turut di kecam kerana dikatakan tidak mengajar adik perempuannya untuk berpakaian lebih elok serta melambangkan sebagai umat Islam.

Advertisement

Melalui satu video yang di muat naik oleh Sharifah Shahirah di platform TikTok, kelihatan Sakinah cuba memakai jubah serba hitam serta tudung hitam yang menutup auratnya.

Di kapsyen video berkenaan pula, Sheira meminta agar orang ramai tidak terlalu cepat menuduh mereka tidak mengajar adik untuk berubah ke arah kebaikan tetapi berinya masa.

Malah, penyampai radio itu berkata juga bahawa dirinya sendiri masih belajar untuk menjadi lebih baik secara perlahan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen ‘sejuk hati’ melihat Sakinah berpakaian tutup seperti yang dilihat dalam video tersebut dan mendoakan agar satu hari hatinya bersedia untuk memakai hijab.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

2 years ago

(VIDEO) "Acah Orang Putih" - Menari Terkinja-Kinja Di Tempat Awam, Netizen Suruh Sharifah Sakinah Jaga Adab

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...