Jangan Cakap Ikut Sedap Mulut Sahaja, Lebih Baik Saya Sekat Mereka Daripada Rosakkan Mood – Uqasha Senrose

Hiburan

Jangan Cakap Ikut Sedap Mulut Sahaja, Lebih Baik Saya Sekat Mereka Daripada Rosakkan Mood – Uqasha Senrose

Uqasha Senrose sering dihimpit dengan kontroversi bukan? Baik daripada kisah cinta sehinggalah mereka yang mengkritik lakonan beliau.

Advertisement

Malah, Uqasha juga setiap hari menerima komen berbaur negatif daripada pengikut di Instagram. Tidak mahu lagi ambil pusing mengenai perkara berkenaan, Uqasha baru-baru ini bertindak untuk menyekat mereka yang biadap daripada akaun Instagramnya.

Jelas Uqasha beliau bukanlah seorang yang tidak boleh ditegur, tetapi biarlah teguran itu dilakukan dalam cara yang berhemah.

Benda sudah berlalu, jadi biarlah ia pergi. Cerita lama. Sebagai manusia biasa, saya sendiri tak dapat lari daripada berbuat salah. Belum habis cerita baharu, ada pula yang timbulkan cerita lama.

Mentaliti sesetengah orang kita terlalu melihat yang negatif hingga benda yang baik dilupakan. Bukan bermaksud saya tak boleh terima teguran. Tetapi, kalau nak menegur sekalipun, biarlah berhemah.

Buat pelakon drama Tundukkan Playboy Itu, tiada gunanya untuk terus “menyimpan” mereka yang  hanya berpandangan negatif dan boleh merosakkan mood orang lain.

Jangan cakap ikut sedap mulut saja. Kenapa perlu saya ‘simpan’ orang yang tegur keterlaluan. Jadi lebih baik saya sekat akses mereka di laman sosial daripada terus merosakkan mood diri sendiri.

Pada kami setakat sekat menyekat mereka di laman Instagram ini tiada gunanya juga, kalau mereka hendak bersuara celah mana pun akan dicari juga cara untuk mencari kelemahan Uqasha. Sebagai artis, anda kena mempunyai mental yang kuat menghadapi segala kritikan.

Sumber Berita : BH PLUS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...