“Jangan Cakap Apa-Apa, Nanti Report I Kena Tangkap” – Ibu 2 Anak Maut Selepas Besarkan Payudara Di Skudai

Trending

“Jangan Cakap Apa-Apa, Nanti Report I Kena Tangkap” – Ibu 2 Anak Maut Selepas Besarkan Payudara Di Skudai

Seorang ibu dua anak disahkan meninggal dunia baru-baru ini dipercayai akibat menjalani suntikan membesarkan payudara dilakukan ‘doktor’ tak bertauliah.

Mangsa berusia 29 tahun, Chen dilaporkan meninggal dunia jam 7 pagi 2 Ogos yang lalu dan telah melakukan prosedur terbabit di sebuah rumah dua tingkat di Skudai, Johor.

Advertisement

Menurut suami mangsa bernama Wong, isterinya telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami komplikasi didakwa berpunca daripada suntikan yang mengandungi asid hyaluronik itu.

chen

 

Mula mula nak buat rawatan lain je

Kata lelaki berusia 35 tahun itu lagi, pada awalnya Chen hanya mahu membuat suntikan ‘menarik benang’ muka mikro untuk membuatkan kulitnya lebih tegang.

Tetapi, beautician tersebut didakwa memujuk mangsa untuk menjalani suntikan membesarkan payudaranya yang membuat Chen mengalami sakit dada selepas prosedur.

Tambah Wong, mereka tidak pernah dimaklumkan bahawa beautician yang membuat perkhidmatan itu tidak mempunyai lesen dan beroperasi secara haram.

Jadi, apabila individu tersebut meyakinkan isteri saya untuk menjalani prosedur membesarkan payudara, dia bersetuju untuk melakukannya walaupun sedikit bimbang dengan perkara itu.”

chen

 

Sakit dada, ubat bius berlebihan

Keesokan harinya, pada 31 Julai Chen berasa sangat sakit dan tidak sihat lalu dia ke klinik ditemani rakannya. Doktor klinik itu memaklumkan sakit tersebut adalah disebabkan ubat bius yang berlebihan.

Sekitar jam 7 malam, keadaannya tidak pulih. Lukanya masih sakit dan tidak selesa. Dia ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan dan kemudian dikejarkan ke ICU pada pagi 2 Ogos selepas mengadu tidak boleh berjalan lagi. Dia meninggal pada jam 7 pagi.”

Difahamkan, beautician itu tidak meminta Chen wang bayaran prosedur tersebut selepas mendapat tahu mangsa mengalami sakit di dada.

Dia juga menghantar mesej kepada Chen dan memintanya agar tidak berjumpa dengan doktor dan mendedahkan apa-apa maklumat tentang rawatan itu.

mesej

Upacara pengebumian Chen telah dilakukan di Wisma Tiong Hua dan mangsa meninggalkan dua anak lelaki berusia 9 dan 12 tahun.

Pihak polis berkata pihak mereka akan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Tipu Pengawal Nak Naik Jumpa Kawan, 'Influencer' Maut Jatuh Tingkat 68 - "Sempat Ketuk Tingkap Minta Tolong"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...