“Jangan Busuk Hati Sangat” – Ustaz Dusuki Dikritik Fitnah Anwar Ibrahim Buat Ceramah Dalam Masjid Di Pulau Pinang?

Trending

“Jangan Busuk Hati Sangat” – Ustaz Dusuki Dikritik Fitnah Anwar Ibrahim Buat Ceramah Dalam Masjid Di Pulau Pinang?

Hantaran dimuat naik oleh pendakwah ustaz Ahmad Duzuki di Instagram meraih perhatian dan mengundang kritikan sesetengah pihak.

Menerusi Instagram, ustaz Dusuki dilihat memuat naik gambar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mendakwa beliau memberikan ceramah di sebuah masjid terletak di Pulau Pinang.

Advertisement

Untuk rekod, minggu lalu nama ustaz Dusuki antara 16 individu yang tersenarai tidak mempunyai tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Disebabkan itu, beliau mempersoalkan sama ada Anwar Ibrahim mempunyai tauliah sehingga dibenarkan menyampaikan ceramah di masjid tersebut.

Meskipun begitu, ramai netizen yang menyelar tindakan ustaz Dusuki kerana menyebarkan fitnah sedangkan dirinya berstatus agamawan.

Beberapa individu yang mengakui berada di lokasi tersebut tampil menjelaskan bahawa Anwar Ibrahim tidak bercakap soal politik atau berkempen di dalam masjid itu.

Kata seorang saksi, beliau hanya memberi ceramah berkenaan keadilan dalam Islam dan kasih sayang malah apabila ditanya soal politik, Anwar Ibrahim mengajak mereka bersembang di luar masjid.

Ustaz chill k. Banyak lagi masjid and surau dalam Malaysia ni. Jangan busuk hati sangat.”

Netizen malah mengkritik ustaz Dusuki kerana terlalu mengikut perasaan disebabkan perbezaan pilihan dalam politik sehingga ‘mengharamkan’ keluarga mengundi parti Anwar Ibrahim.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Hati Tak Boleh Tisu" - Tarik Diri Dari Jadi Calon PRU, Netizen Sindir Ustaz Kazim Elias

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...