“Jangan Buka Pekung Keburukan Adik Beradik” – Aliff Syukri Ulas Isu Pergaduhan Sajat & Mustika

Trending

“Jangan Buka Pekung Keburukan Adik Beradik” – Aliff Syukri Ulas Isu Pergaduhan Sajat & Mustika

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kemelut pergaduhan berlaku di antara usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat dan adiknya, Nur Mustika yang bukan sahaja menarik perhatian orang ramai malah rakan selebriti.

Tampil memberi pendapat, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri enggan menilai siapa yang bersalah namun sebaliknya meminta rakan baiknya itu dan adiknya untuk sama-sama selesaikan masalah secara matang.

Advertisement

Saya tak nak sebelahkan mana-mana pihak, tak nak jadi ‘kepochi’. Dalam hidup ni, kita jangan buka pekung keburukan adik, kakak, atau abang.”

@kehidupanumat

Apa yang dah berlaku? Doakan baik² jela? #sajat #mustika #sajatvideo #tiktoker #bussiness #influencer #founder #fy #fyp

? Intense Hollywood movie style trailer music – Shota Low Matsumoto

Menurut Aliff, dia juga pernah mempunyai konflik dengan kakak, adik, dan ibunya namun menganggap hal keluarga sepatutnya disimpan sendiri.

Bila kita buat provokasi atau bercerita, yang malu ahli keluarga sendiri. Saya yakin, Sajat dan adik orang yang baik.

Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Kelepok Raya itu turut tidak mahu memberi nasihat secara berlebihan kerana menganggap dirinya juga belum cukup baik untuk menasihati orang lain.

Cuma pesan saya, akhir nanti yang malu diri kita sendiri, termasuk keluarga. Kalau benda boleh diselesaikan sendiri, selesailah.”

Dalam pada itu, Aliff menyifatkan konflik yang berlaku ini hanya memberi ruang kepada netizen untuk mahu tahu lebih.

Kalau kita kongsi dengan orang luar, akan ada di antara mereka yang prejudis.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Dia Umpama Dajjal!" - Adik Mengamuk & Dakwa Sajat 'Kaki Kelentong' Makan Duit Orang, Ajak Bersemuka Dalam 'Live'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...