Semenjak dua menjak ini, memang banyak hotel bertaraf 4-5 bintang yang membuat promosi serta diskaun kaw-kaw. Maka ramailah rakyat Malaysia berbondong-bondong mengambil peluang untuk bercuti di hotel mewah seperti Lexis Hibiscus Port Dickson. Sayangnya, ramai di antara mereka ini yang membawa mentaliti kelas ketiga dan membuat perkara tidak senonoh dan tidak sesuai dengan tahap hotel tersebut.
Perkongsian menerusi Facebook Ainul CheNoi ini sangat menarik untuk kita jadikan pengajaran, terutama buat mereka yang bercadang untuk bercuti pada hujung minggu kelak. Iyerlah, bila dah ke hotel 5 bintang, perangai pun kenalah 5 bintang jugak. Sila jangan bawak pengunjung melebihi jumlah yang ditetapkan di dalam satu bilik. Contohnya bilik 4 orang tapi kau pergi masukkan sampai 14 orang. Memang tak masuk akal. Siap ada yang bawa rice cooker, toto dan macam-macam lagilah. Memang memalukan dan menjatuhkan “standard” hotel tersebut.
Sesungguhnya waktu sekarang ini memanglah peluang untuk anda mencuba hotel-hotel bertaraf 5 bintang ini, tetapi pastikan juga anda menepati segala syarat-syarat yang telah ditetapkan. Ada sebab syarat sebegitu wajib kita patuhi. Pihak hotel bukannya sesuka hati nak buat begitu. Kalau di luar negarapun mereka lebih tegas dan tak akan membenarkan kita “check in” kalau tak mematuhi peraturan. Silap-silap tak dapat duit refund lagi.
Jadi marilah kita sama-sama bercuti sambil mematuhi peraturan. Jangan buat suka hati mak bapak kita. Tak gitu?