Kalau sebut saja nama personaliti media sosial, DMA Islam pasti ramai yang sudah mengenalinya susulan konten-konten di platform media sosial yang dianggap sering berlebihan apabila berkata-kata.
Terbaru, video DMA Islam mengulas tentang pekerjaan ‘rider’ makanan telah pun tular di platform X.
Tak bagi ‘career development’ atau tambah ‘skills’
Dalam video tersebut, dia menasihati individu yang membuat pekerjaan ‘rider’ ini tidak melakukan pekerjaan tersebut terlalu lama kerana dianggap tidak memberi perkembangan dalam pekerjaan serta ‘skill’ juga tidak ada.
“6 bulan ke setahun lebih maybe boleh lagi tapi jangan stuck selama 5 tahun buat grab gila. Macam mana kau nak develop kau punya career kalau kau just buat grab?”
Dalam pada itu, personaliti media sosial tersebut juga menegaskan dia tidak menghina pekerjaan ‘rider’ makanan tapi dia mahu mereka yang melakukan pekerjaan itu maju kerana terhutang budi dengan ‘rider-rider’ makanan.
Pekerjaan yang dipandang hina oleh masyarakat
Tambahannya lagi, pekerjaan tersebut didakwa tidak dihormati dalam masyarakat dan dianggap hina di mata orang ramai.
Bukan sebab kerja tu hina, di mata Tuhan tak hina. Namun, di mata manusia sangat-sangat hina. Ini hakikatnya.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, respon yang diberikan oleh warganet bercampur, di mana ada yang bersetuju dengan kata-kata DMA Islam tetapi ada juga yang merasakan pendapat lelaki terbabit tidak penting asalkan mereka tahu pekerjaan yang dilakukan membawa hasil.