Pelakon popular Fimie Don baru-baru ini dibidas oleh warganet ketika mengambil gambar mesra bersama seorang gadis dan terlihat bertentangan dengan perkongsikan agama yang sering dimuat naik oleh aktor ini.
Fimie turut akui dia masih ada salah silap dan belum sempurna. Namun begitu, dia menganggap reaksi negatif peminat itu wajar memandangkan hal tersebut salah di sisi agama.
Saya tak salahkan mereka yang salahkan saya dan anggap saya tidak bagus.
Saya juga tak kata apa yang saya buat tu betul, jangan ikut apa yang saya buat tu. Tapi yang merisaukan itu adalah orang yang membuka aib manusia lain. Itu bahaya tu.
View this post on Instagram
Menurutnya, perkongsian hal-hal agama yang sering dimuat naik itu adalah salah satu cara untuk mendekatkan dirinya dengan Allah SWT dan juga sebagai peringatan untuknya dan yang lain.
Fimie juga beranggapan bahawa meskipun menasihati orang lain itu adalah sesuatu yang mulia namun, jika cara penyampaian itu adalah dengan mengecam dan memaki, itu akan menyebabkan dirinya lagi jauh dengan Tuhan, ujarnya.