Jangan Buat 7 Perkara Ini Ketika Di Lapangan Terbang Jika Anda Sayangkan Nyawa

Trending

Jangan Buat 7 Perkara Ini Ketika Di Lapangan Terbang Jika Anda Sayangkan Nyawa

Isu ejen travel yang dituduh cuba seludup duit melalui klien dia patut dijadikan pengajaran buat traveller-traveller yang selalu singgah di lapangan terbang. Ini isu berat, bukan isu kecil. Nasib baik duit kalau dadah?

Advertisement

Ada beberapa isu di lapangan terbang yang pernah berlaku untuk kita jadikan pengajaran di masa depan. Nampak remeh tapi bila kena batang hidung dan nampak tali gantung nak senyum pon tak lalu bang.

1. Jangan terima kiriman dari orang lain yang tak pasti hujung pangkalnya. Apa lagi yang sudah siap di bungkus. Kalau barang-barang baru yang dibeli sebaiknya anda bungkus sendiri supaya tidak ada benda-benda terlarang dibawa bersama melintasi kawalan sempadan.

2. Jangan gabungkan bag dengan rakan travel yang baru kenal kat group-group travel. Biarlah daftar masuk asing-asing dan bayar lebih. Kita tak tau apa yang ade dalam bag kawan tu.

3. Jangan pernah biarkan bag anda tidak berbalut/ tanpa dilindungi. Ini boleh membuatkan anda kehilangan nyawa kerana ada sindiket yang akan menyelitkan barang-barang terlarang di beg anda. Kalau anda lepas beg anda akan di curi. Kalau anda tak lepas anda mungkin akan ke dalam dan mungkin akan jadi banduan akhir.

4. Jangan berbaik hati tawarkan anda punya ruang bagasi untuk orang-orang yang berat bagasi berlebihan yang berada di depan atau di sebelah anda. Kalau nak tolong dia, beri duit lebih baik untuk keselamatan anda dari beri ruang bagasi anda. Walau terlebih 1 atau 2kilo jangan la bagi mereka daftar masuk beg bawah nama anda. Kalau 1 2kilo tu semua ganja, tak pasal-pasal masuk bawah akta 39B = mati

5. Jangan pernah pegang barang orang lain semasa di lapangan terbang. Kalau ada orang mintak tolong suruh je dia letak dekat pondok polis,kaunter informasi atau mana la yang selamat untuk bag dia, yang penting bukan di tangan anda. Walau yang mintak tolong tu maria ozawa sekali pon tolong la jangan pegang.

6. Kalau anda berada di surau dan kasut anda hilang, jangan pakai kasut yang di tinggalkan di surau tersebut. Mungkin kasut itu dah di selitkan dadah dan cuba menjadikan anda keldai untuk melepasi kawalan sempadan. Kalau anda lepas akan ada orang yang pulangkan kasut anda dengan alasan tertukar semasa di surau.

7.Jangan pernah tinggalkan beg anda tanpa pengawasan, bawak saja kemana anda pergi walau ke toilet sekali pon takut di masukkan benda-benda terlarang oleh sindiket-sindiket tertentu.

Ada kisah benar, pasal seorang pemuda yang mana beliau sudah arwah di tali gantung.

Semasa di lapangan terbang berhampiran tandas, seorang lelaki tergesa-gesa hendak masuk ke tandas (macam orang cirit) dan meminta dia pegang beg bimbit dan terus berlari masuk ke tandas.

Kurang dari 5 minit, pemuda itu telah dikepung dan ternyata di dalam beg bimbit itu adalah dadah. Lelaki yang lari ke tandas tu dah hilang entah kemana.

Ps:- Cerita ini di ceritakan oleh sepupu pemuda itu, kalau cerita ini tipu ambil je pengajaranya bukan persoalkan kerja polis. Apa-apa hal, selamat pergi bercuti. Pastikan sentiasa dalam keadaan selamat dan jangan baik sangat. Pentingkan diri sendiri perlu ada tempatnya.

#akuhidupdiairport
#backpackertempang
#lessonlearned

Kredit : Mazlan Zonan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...