Tular baru-baru ini di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan seorang lelaki bertindak memukul isterinya di hadapan orang ramai.
Perkara tersebut turut mendapat perhatian aktres terkenal Liyana Jasmay yang tampil mempersoalkan sikap segelintir lelaki yang bergelar suami namun tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik.
Kata Liyana, terlalu banyak perkongsian video memaparkan kekasaran yang berlaku melibatkan pasangan kekasih atau suami isteri sejak akhir-akhir ini.
Nampak banyak sangat video pasal lelaki buat perempuan. Ada lelaki pukul bini tepi jalan dengan anak. Kenapa nak jadi suami kalau perangai macam tu?
Suka ke pukul anak orang? Kepada lelaki yang buat macam itu di luar sana, sila jangan kahwin atau ada kekasih mahupun ada hati nak ‘try’ gadis.
Liyana dalam pada itu turut memberi nasihat kepada kaum wanita agar segera membuat laporan polis jika dikasari atau terlibat dalam situasi yang sama seperti video yang tular baru-baru ini.
“Tolonglah buat laporan polis atau tinggalkan saja. Jangan buang masa dengan lelaki bodoh tak guna seperti itu.” nasihatnya.
Terdahulu, beberapa kejadian suami memukul isteri di khalayak ramai telah menuai pelbagai kritikan netizen di mana hampir semuanya mengecam tindakan yang tidak bermoral itu.