Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Jangan ‘Bitter’ Kat Kami Yang Bujang Ni..” Tiz Zaqyah Selar Individu Asyik Bertanyakan Bila Nak Kahwin

Pelakon Tiz Zaqyah tampil memberi nasihat terutamanya kepada individu di luar sana yang sering saja bertanyakan mengenai soal perkahwinan kepada orang yang masih bujang.

Dia yang menyelar tindakan tersebut mengakui dirinya masih selesa untuk hidup solo kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Advertisement

“Sibuk sangat “bila nak kahwin”. Kau yang dalam f**ked up marriage, jangan bitter kat kami bujang ni. I’m lucky, i’m happy to have breakfast everyday with my parents. With my family. So shut up.”

Kenyataan itu telah dikongsi Tiz Zaqyah menerusi ruangan twitter peribadi miliknya, hari ini.

Menurutnya, walaupun sudah berkahwin, seseorang itu tidak perlu berasa iri hati dengan kehidupan orang masih bujang. Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh pelakon cantik itu.

Perkembangan Tiz Zaqyah kini selain aktif berlakon, dia kini dilaporkan sering melakukan ‘Instagram Review’ di media sosial miliknya serta turut giat mempromosikan produk kesihatan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. anon

    September 22, 2020 at 12:48 pm

    Bitter tu ape? Ahahaha

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top