Sememangnya berita mengenai tiket konsert Dewa 19 habis licin terjual dalam masa 1 jam membuatkan ramai pihak berasa terkejut tetapi itu bukanlah bermaksud yang membeli tiket itu tergolong dari golongan yang tidak berkemampuan.
Sudah pasti yang membeli tiket konsert tersebut tergolong dari golongan yang mampu memiliki, jadinya itu bukanlah satu kesalahan untuk mereka membeli tiket konsert berkenaan.
Namun, Prof Datuk Teo Kok Seong mempunyai pandangan yang berbeza setelah melihat ramai rakyat Malaysia berhabis duit semata untuk membeli tiket konsert itu sedangkan negara dalam kegawatan ekonomi.
Tetapi jika kita bukan dari kelompok ini (senang) tetapi sanggup mengeluarkan wang untuk berkonsert, jangan lagi merungut tentang kenaikan harga barang, usah bising kerana tidak ada duit dan jangan tunding jari ke mana-mana pihak
Menurutnya lagi, beliau berasa hairan dengan senario yang berlaku ketika ini dan melihat jati negara setiap rakyat dalam Malaysia sudah semakin pudar.
Dalam pada itu, Prof Datuk Teo juga berasa gusar melihat anak muda yang lebih banyak mengutamakan hiburan, sedangkan apa yang perlu dilakukan oleh mereka adalah meningkatkan jati diri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.