Makin lama makin bernas kata-kata yang terpacul daripada mulut Zed Zaidi. Abang Nara pun dah lama geram mengenai hal ini. Bila Zed Zaidi berkata yang kita perlu menghargai artis veteran ketika mereka masih hidup, memang Abang Nara setuju sangat-sangat.
Tahukah anda yang semasa P.Ramlee masih hidup, beliau pernah dijemput hadir ke satu majlis di Malaysia. Yang menyedihkan, walaupun dijemput, tiada kerusi untuk beliau duduk. Memang sangat-sangat tidak dihargai. Namun bila dah meninggal dunia, barulah Malaysia sedar betapa berharganya Allahyarham P. Ramlee.
Kata Zed Zaidi kepada wartawan Sinar Harian:-
Kita kena peringati mereka semasa masih hidup, barulah mereka dapat rasa yang diri mereka masih dihargai. Janganlah bila sudah tidak ada baru nak buat tribute itu tribute ini.
Abang Nara sokong sangat-sangat kata Zed Zaidi. Jangan bila dah tak ada, barulah terasa kehilangannya. Sedangkan masa masih hidup, langsung tak dibuat apa-apa untuk membantu penderitaan yang dihadapi. Seelok-eloknya buatlah kedua-dua sekali. Masa hidup dan selepas tiada lagi di bumi ini. Tak gitu?
Saye
October 20, 2012 at 3:42 pm
Zed zaidi berkata-kata lagi…. Kamon la, tak perlu…
zedpoyozz
October 20, 2012 at 10:22 am
korang rasa ada org nk buat tribute x utk zz ni? LOL
Marlia
October 20, 2012 at 9:16 am
Tak cukup lagi ke penghargaan kepada golongan artis ni. Dipuja melambung, dapat pangkat dato segala bagai. Pandai-pandailah beringat sendiri untuk masa hadapan, masa muda joli sana sini tau pula.
Huk oloh
October 20, 2012 at 5:23 am
Dh nama nya si zz ni presiden seniman, dh tentu le di ckp pasal tribute utk seniman.. Klu dia presiden majlis agama negara, dh tentu dia ckp pasal tribute ulama2, or guru2…tp dia bkn….. Mcm klu ko ketua murid sekolah A, tp ko nk buat majlis penghargaan utk cikgu2 kat sekolah W. Bukan ke tak kena namanya tu….