“Jangan Biasakan Pasangan Kita Mesra Dengan Wanita Atau Lelaki Lain” – Haris Ismail

Hiburan

“Jangan Biasakan Pasangan Kita Mesra Dengan Wanita Atau Lelaki Lain” – Haris Ismail

Pendakwah bebas Haris Ismail memuat naik satu perkongsian di Instagram memberi peringatan buat kaum lelaki, khususnya yang bergelar suami untuk menjaga diri dan keluarga agar tidak terpesong daripada landasan Islam.

Haris Ismail
10 bulan lalu

Bantu Pelajar Universiti Lariskan Produk Di IG, Niat Murni PU Riz Raih Perhatian Peminat

Advertisement

Menerusi hantaran itu, Haris atau nama sebenar Muhammad Haris Mohd Ismail memuat naik beberapa keping gambar nukilan yang ditulisnya dan berkata ianya hanya sekadar peringatan diri sendiri dan tiada paksaan kepada mana-mana pihak.

https://www.instagram.com/p/CVKcnteP-Bf/

Haris, 27, menyatakan nasihat agar jangan membiasakan pasangan kita berada mesra dengan wanita atau lelaki lain kerana itu adalah dilarang dalam Islam. Ujar pendakwah muda itu lagi, situasi hari ini semakin parah apabila terdapat adegan ‘ciuman’ dibuat atas alasan lakonan.

Hari ini apa yang berlaku sebenarnya memang parah dalam masyarakat kita yang dikatakan lakonan sampai cium pun tidak mengapa, boleh diterima.

Dalam hantaran sama, Haris berkata selain ‘beras kita beli’ (tanggungjawab lelaki), yang penting adalah menjaga ahli keluarga kerana perbuatan tersebut merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh kaum lelaki, terutama suami.

Haris Ismail

Suami kepada selebriti terkenal, Neelofa itu turut berkongsi sepotong ayat al-Quran yang berbunyi: “Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan keluarga kamu (ahli) rumah daripada api neraka” sebagai tanda peringatan untuk semua.

Pada akhir nukilan, Haris menyeru masyarakat supaya mengubah pemikiran dengan tidak melakukan perkara yang ditegah dalam Islam walaupun sekadar lakonan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

14 Comments

  1. Anonymous

    October 20, 2021 at 12:30 am

    Haris ni lupa yg dia dulu pun berlakon pegang pompuan jg.. mcm berckp dgn cermin je

  2. Anonymous

    October 19, 2021 at 6:06 pm

    Saya bersetuju dgn posting Haris Ismail. Teguran yg dan tentunya wajid, kenapa perlu kita pertikaikan masalah ini. Ianya hanya utk memperingatkan diri kita dan org2 Islam.

  3. anonymous

    October 19, 2021 at 11:14 am

    ek eleh kepoci jugak tu macam lah perfect husband sgt padahal kena buli jugak

    • Anonymous

      October 19, 2021 at 5:58 pm

      Itu memang kewajipan kita sesama Islam utk masing2 memberi peringatan/nasihat kpd diri kita dan saudara sesama agama.

  4. anonymous

    October 19, 2021 at 11:01 am

    ewah ewah…. labu kemain ko punya level confident nak sindir fatah amin ye.ko ni jenis perangai acik bawang jugak eh suka nyibok hal orang! aku nengok ko pun kena queen control berani pulak nak sindir orang LOL

    • Anonymous

      October 19, 2021 at 4:57 pm

      Heheheh.. suruh dia nasihat wife dia jugak.. active betul kat instastory.. dok tayang kening

  5. Lily.Bwn

    October 18, 2021 at 11:36 pm

    Nak tgok sejauh mana neelofa boleh dgor ckp habibi die ni

    • Anonymous

      October 19, 2021 at 8:59 am

      nanti dibuang juga tu.mcm.laki nabila retis tu sdh dpt bibit.

Loading...