Pendakwah bebas Haris Ismail memuat naik satu perkongsian di Instagram memberi peringatan buat kaum lelaki, khususnya yang bergelar suami untuk menjaga diri dan keluarga agar tidak terpesong daripada landasan Islam.
Menerusi hantaran itu, Haris atau nama sebenar Muhammad Haris Mohd Ismail memuat naik beberapa keping gambar nukilan yang ditulisnya dan berkata ianya hanya sekadar peringatan diri sendiri dan tiada paksaan kepada mana-mana pihak.
https://www.instagram.com/p/CVKcnteP-Bf/
Haris, 27, menyatakan nasihat agar jangan membiasakan pasangan kita berada mesra dengan wanita atau lelaki lain kerana itu adalah dilarang dalam Islam. Ujar pendakwah muda itu lagi, situasi hari ini semakin parah apabila terdapat adegan ‘ciuman’ dibuat atas alasan lakonan.
Hari ini apa yang berlaku sebenarnya memang parah dalam masyarakat kita yang dikatakan lakonan sampai cium pun tidak mengapa, boleh diterima.
Dalam hantaran sama, Haris berkata selain ‘beras kita beli’ (tanggungjawab lelaki), yang penting adalah menjaga ahli keluarga kerana perbuatan tersebut merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh kaum lelaki, terutama suami.
Suami kepada selebriti terkenal, Neelofa itu turut berkongsi sepotong ayat al-Quran yang berbunyi: “Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan keluarga kamu (ahli) rumah daripada api neraka” sebagai tanda peringatan untuk semua.
Pada akhir nukilan, Haris menyeru masyarakat supaya mengubah pemikiran dengan tidak melakukan perkara yang ditegah dalam Islam walaupun sekadar lakonan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Anti Agamawan
October 21, 2021 at 2:30 pm
Penunggang Ugama Riz ni apehal.
bini kau sendiri tak reti jaga. nk kacau org lain.
buto ah
Anonymous
October 20, 2021 at 10:51 am
eleh, sembang kencanglah pencurang oi. aku x minat gak fattah tapi kau dan isteri kau lg aku x berkenan.dulu si jantan ni dah nampak hajjah lupa dah org yg ada di sisi kan? lepas tu skrg berlagak mulia, alim, setia, mithali, kiriman syurga bagailah? puiiiii!…..
Anonymous
October 20, 2021 at 11:16 am
ye weiii,,, siap dump GF yg dh bertahun2 sbb kelabu mata bila dgn hajah
eh! kami tak lupa ye
just because korg dh berhijrah doesnt mean u are better than anyone
cermin diri yeee
October 20, 2021 at 10:17 am
sepatutnya dlm menyampaikan dakwah, tak perlu sindir sesiapa
nanti org sana ckp, Hjh Lofa kalau berhias sepatutnya utk suami shj
mata dan kening tu tak payah nk ber-eyeliner dan mascara utk tontotonan bkn mahram
haaa… apa ko rasa?
sibuk selak kain org, kain sndr tak sedar koyak
Anonymous
October 20, 2021 at 10:15 am
sebaik2nya, bila berdakwah, tak perlu sindir sesiapa
cuba kalau org sana up, Pn Lofa hiasi lah mata dan kening tu utk suami shj
haaa.. cemana????
jgn duk selak kain org, kain sndr terkoyak
tabarus
October 20, 2021 at 9:21 am
hek eleh atleast abam fattah tidak ada gambar burung berterbangan hhahaha munafikun sungguh ko PU sejak beristerikan lopak tu.. bagus kau tarbiah isteri dulu pakai niqab tapi mata masih memikat beb, contradicting dengan reason memakai niqab im sure u know right? u PU right?