Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Branded

Jangan Biarkan Industri Perfileman Mati! MAFE & Pengendali Pawagam Gesa Kerajaan Tak Berat Sebelah

Makin hangat nampaknya isu menggesa kerajaan Malaysia membuka semula pawagam. Manakah tidak, perkhidmatan bukan keperluan utama seperti spa, gimnasium, kasino dan pusat memancing telah pun dibenarkan beroperasi tetapi pawagam seluruh Malaysia masih diarahkan tutup.

Kalau tengok negara-negara jiran dan negara-negara maju seperti Singapura, Thailand, Korea dan Jepun, pawagam telah lama dibenarkan beroperasi mengikut kapasiti yang ditetapkan. 

Di Malaysia, kita dapat lihat bagaimana sejak bermulanya penularan pandemik, pengendali pawagam amat menitik beratkan pematuhan SOP yang ditetapkan pihak berkuasa termasuk melaksanakan penjejakan kontak, pemeriksaan suhu badan dan mewajibkan penjarakan fizikal di dalam panggung. 

Buat waktu ini SOP tempat duduk di dalam pawagam menggunakan kaedah satu tempat diikuti satu jurang. Namun Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) ingin meminta budi bicara kerajaan membenarkan ahli keluarga yang terdiri daripada 2 anggota untuk duduk sekali diikuti 1 jurang tempat.

Pawagam juga sentiasa berada dalam keadaan bersih dan di sanitasi dengan kerap, malah terdapat pengendali yang melakukan proses sanitasi setiap tayangan filem tamat.

Kakitangannya pula wajib menggunakan topeng muka selain galakan kepada pelanggan untuk tidak menanggalkan topeng muka yang di pakai ketika berada dalam panggung kecuali untuk makan atau minum.

Pematuhan SOP pengendali pawagam berada pada tahap terbaik dalam usaha untuk mengekang penularan pandemik. Tapi ia hanya sia-sia kerana pawagam masih tidak dibenarkan beroperasi.

Arahan penutupan yang berpanjangan telah memberikan impak yang besar kepada industri ini, hingga menyebabkan potongan gaji dan ramai kehilangan pekerjaan, cawangan pawagam gulung tikar dan pemilik pawagam terpaksa mengecilkan operasi.

Tamparan terhebat semestinya apabila pengunduran pengendali pawagam ketiga terbesar di Malaysia iaitu MBO Cinemas, yang terpaksa melakukan pelupusan secara sukarela.

Tidak keterlaluan jika kami katakan agak tidak adil nasib yang terpaksa ditanggung pengendali pawagam dan penggiat seni perfileman negara kerana industri ini telah menyumbang lebih RM1.08 bilion pendapatan dan lebih RM250 juta duti cukai hiburan kepada negara sebelum serangan pandemik.

Belanja besar tapi filem tak tayang

Selain itu, pembikin filem juga mula tertekan apabila pandemik telah menjejaskan filem yang dihasilkan dengan pelaburan yang besar sehingga mencecah RM 20 juta seperti filem Abang Long Fadil 3, Polis Evo 3, dan Mat Kilau. 

Pengasas Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam meminta kerajaan memperhalusi masalah ini sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Satu lagi filem yang bertemakan kenegaraan turut mengalami nasib yang sama iaitu filem Air Force The Movie yang dihasilkan dengan sokongan padu Tentera Udara Diraja Malaysia.

Filem yang dirancang untuk ditayangkan pada tahun 2020 ini  telah ditunda sebanyak 3 kali tarikh tayangannya, selepas penggambaran filem tamat pada hujung tahun 2019.  

Bagi Datuk Steven Lim, menunda tarikh tayangan memang nampak mudah tetapi kesannya cukup besar, khususnya dalam ketidaktentuan pandemik, filem ini mungkin terpaksa disimpan sehingga tempoh yang tidak diketahui.

Tambah beliau lagi filem yang tidak dapat ditayang akan menjadi satu liabiliti kepada syarikat  produksi menyebabkan mereka sukar untuk berkembang.

Rayuan buka semula pawagam

MAFE dalam pada itu telah membuat beberapa rayuan secara bersama kepada kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membuka semula pawagam dan pengecualian atau pengurangan cukai hiburan untuk pemamer filem. 

Walaupun RM225 juta telah diperuntukkan bagi membiayai dan menyokong aktiviti kesenian, kebudayaan, dan hiburan pada Jun 2020, namun peruntukan berkenaan tidak termasuk pawagam. 

Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada November kemudiannya memperuntukkan RM100 juta sebagai suntikan untuk industri kreatif, namun sekali lagi industri pawagam telah dianaktirikan daripada bantuan ini. 

Impak paling besar penutupan pawagam apabila ia menjejaskan hampir 20 ribu rakyat Malaysia yang bekerja  dalam bidang perniagaan produksi, pengedaran dan pameran filem.

Larangan beroperasi bukan hanya membunuh industri perfileman malah ia turut mempengaruhi perniagaan lain dalam rantaian bekalan termasuk F&B, logistik, pembuatan, runcit, dan yang mempunyai hubung kait dengan industri pawagam.

Fakta menarik untuk dikongsi, sehingga hari ini tiada kluster COVID-19 pernah dicatatkan bermula daripada pawagam. Sama ada di Malaysia atau pun di peringkat antarabangsa. Siap ada kajian yang dilakukan oleh Celluloid Junkie pada Oktober 2020 tau.

Kami yakin ramai yang bersetuju jika kami katakan pawagam bukanlah tempat hiburan semata-mata, ia  juga ia membantu memupuk perkembangan budaya. Malah, ia merupakan tempat untuk kita lari seketika daripada dunia realiti bagi menghilangkan sedikit bebanan yang ditanggung melalui filem yang ditayangkan sebagaimana pawagam memainkan peranan besarnya semasa Great Depression pada tahun 1930an.

Oleh itu, jom sama-sama share artikel ni di sosial media dan tag Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai tanda sokongan kepada Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) dan pengendali pawagam untuk meminta supaya pawagam dibuka semula.

Jangan lupa guna tanda pagar (hashtag) ni juga ya #BukaSemulaPawagam, #ReopenCinemas dan #BringCinemasBack. 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Leopold001

    February 28, 2021 at 9:23 pm

    Guo, Bannon and Yan were all birds of a feather, and their claims that the virus originated in China were also proven to be lies.

  2. tecit

    February 25, 2021 at 1:16 pm

    hmm tula. dah rindu nk pegi wayang

Loading...
To Top