Jangan Biarkan Diri Terperangkap Dalam Hubungan Toksik – Atikah Suhaime

Hiburan

Jangan Biarkan Diri Terperangkap Dalam Hubungan Toksik – Atikah Suhaime

Pernah gagal dalam percintaan sebelum ini dan angan untuk menaiki jenjang pelamin tidak kesampaian, pelakon Atikah Suhaime berpesan kepada wanita diluar sana agar tidak terus terperangkap dalam hubungan toksik.

atikah suhaime

Advertisement

Mengakui dia sendiri pernah melalui pengalaman memeritkan itu, Atikah berkata seorang wanita harus berani mengatakan ‘tidak’, jangan biarkan diri mereka terus sengsara dalam apa sahaja perhubungan.

Saya tahu di luar sana ramai wanita yang terperangkap dalam hubungan toksik. Tolong keluar sebelum terlambat.

Tidak kisah sama ada dalam hubungan cinta, persahabatan atau persaudaraan, kita perlu belajar untuk berkata tidak.

atikah suhaime

Saya juga pernah terperangkap dalam situasi gelap, awal tahun lalu. Apabila saya cuba mencari kejujuran, keadaan menjadi bertambah buruk.

Ditanya adakah kenyataannya itu berkaitan dengan kisah cinta bersama bekas tunang, Awi Rafael, aktres itu berkata dia hanya ingin memberikan peringatan kepada wanita supaya berhati-hati menjalin hubungan. Atikah nafi dia cuba ingin meraih perhatian.

atikah suhaime awi rafael

Saya tahu, pendedahan ini akan membuatkan kisah lama kami kembali diungkit, malah saya juga sudah bersedia jika ada yang mahu mengecam.

Saya cuma mahu memberi motivasi kepada wanita yang melalui situasi seperti itu supaya berani bertindak kerana saya juga pernah melalui episod gelap dan menakutkan.

atikah suhaimeMeskipun sudah setahun putus tunang, Atikah kesal apabila ibu dan bapanya terus diasak pelbagai tohmahan.

Terdahulu, tidak lama selepas dia putus tunang, Atikah mengakui sedang mengenali hati budi seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Lokman Teh. Namun, sehingga kini tiada sebarang perkembangan terbaru tentang hubungan mereka.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...