Jangan Biarkan Air Mata Menitis Pada Jenazah Dikafankan, Itu Hanya Pantang Orang Melayu Sahaja
Kehidupan . Diterbitkan 3 tahuns lalu .
oleh AbangNara
Sejak dahulu lagi ramai antara kita tahu bahawa selepas jenazah siap dikafankan kita semua tidak boleh menangis semasa memberi kucupun terakhir kepada mereka.
Baru-baru ini juga tular isu mengenai air mata tidak boleh terkena jenazah yang dikafankan kerana ia akan menyeksa jenazah tersebut.
Advertisement
Tetapi adakah ini benar atau hanya mitos sahaja? Persoalan ini dijawab oleh Da’i Wan Dazrin tentang isu ini selepas ramai netizen mempersoalkannya.
Menurut Dai, orang ramai tersalah tafsir hadis Hr.Bukhari (1286)/Muslim (928) ?
Sesungguhnya mayat diazab dengan tangisan keluarganya terhadapnya.
Al-Imamun Nawawi rah sudah jelaskan beberapa takwilan yang tepat yang perlu difahami dari hadith ini.
1.Azab seksaan kepada jenazah jika si mati mewasiatkan kepada ahli keluarganya yang hidup untuk meratap dan meraung atas kematiannya.
2.Kaum keluarga menangis sampai tahap ratapan jenazah.
3. Ahli keluarga sengaja memperdengarkan tangisan untuk menjadikan hati mereka kasihan yang berlebihan.
Dalam Islam tidak menjadi kesalahan dari pandangan syara untuk kita mengeluarkan air mata. Tetapi diingatkan 3 perkara penting ini jangan dilakukan kepada jenazah.
1. Meraung
2. Merobek-robek pakaian
3. Menampar wajah kerana kekecewaan
Bukan itu sahaja, beliau turut menerangkan tentang hukum air mata kena pada jenazah juga tidak menjadi masalah selagi bebas daripada 3 takwilan Imam An Nawawi rah dari hadith di atas.
Semoga perkongsian ini dapat mengubah persepsi kita tentang isu ini.
Dapatkan berita terkini dan sensasi dan pelbagai kandungan menarik.
Popular Sekarang
Trending 6 bulan lalu
“Dasar Tak Guna, Ke Neraka Jela Ko” – Paksa ‘Uncle’ Lalamove Bayar Ganti Rugi Kek Hancur, ‘Baker’ Diboikot Netizen
Hiburan 1 tahun lalu
“Maaf, Saya Guru Bahasa Inggeris, Kena Biasakan Yang Betul” – Ana Raffali Tegur Pengguna Twitter
Hiburan 1 tahun lalu
“Isteri Saya Masuk Islam Bukan Kaum..” Maryam You Narae Dipaksa Berpantang Ikut Adat Melayu
Hiburan 1 tahun lalu
Terkena Jangkitan Kudis Herpes, Syafiq Farhain Nafi Hidap Penyakit Kelamin
Hiburan 1 tahun lalu
Foto Emma Maembong Undang Tanda Tanya, Tutup Ruangan Komen Di Instagram
Komen
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.