Jangan Biarkan Air Mata Menitis Pada Jenazah Dikafankan, Itu Hanya Pantang Orang Melayu Sahaja

Kehidupan

Jangan Biarkan Air Mata Menitis Pada Jenazah Dikafankan, Itu Hanya Pantang Orang Melayu Sahaja

Sejak dahulu lagi ramai antara kita tahu bahawa selepas jenazah siap dikafankan kita semua tidak boleh menangis semasa memberi kucupun terakhir kepada mereka.

Baru-baru ini juga tular isu mengenai air mata tidak boleh terkena jenazah yang dikafankan kerana ia akan menyeksa jenazah tersebut.

Advertisement

Tetapi adakah ini benar atau hanya mitos sahaja? Persoalan ini dijawab oleh Da’i Wan Dazrin tentang isu ini selepas ramai netizen mempersoalkannya.

 

View this post on Instagram

 

?Ramai Tagged saya tentang isu ini. Saya bantu berikan pencerahan sedikit ya. . . Isu ini rasanya disalah takwil org ramai dari Hr.Bukhari (1286)/Muslim (928) ? ????? ????????? ??????????? ????????? ???????? ???????? . . . ?Sesungguhnya mayat diazab dengan tangisan keluarganya terhadapnya. . . Al-Imamun Nawawi rah sudah jelaskan beberapa takwilan yang tepat yang perlu difahami dari hadith ini. 1. Ditanggung berat azab seksaan itu dengan maksud jikalau si mati mewasiatkan kepada ahli keluarganya dan pada yang hidup untuk meratap dan meraung atas kematiannya. 2. Membawa kepada maksud kalau2 kaum keluarga menangis sampai tahap ratapan. 3. Sengaja ‘Ahli Keluarga’ memperdengarkan tangisan untuk menjadikan hati mereka mengasihani berlebihan. . . Adalah tidak lansung menjadi 1 kesalahan daripada sudut pandang syara’, bagi kita utk mengeluarkan air mata, yang penting jgn buat 3 benda ini saat mengeluarkan air mata. 1. Meraung suara 2. Merobek2 pakaian 3. Menampar wajah kerana kekecewaan. . . Dalil yg sahih tentang Nabi saw mengalirkan air mata, ada dari Nabi saw sendiri, dlm Hr.Bukhari menceritakan bagaimana Nabi saw sedih sgt bila puteranya Ibrahim meninggal dunia, waktu tersebut sambil memeluk jenazah puteranya, Nabi saw mengalirkan air mata baginda yg mulia & ada juga beberapa siri lagi athar yg lain yg menunjukkan Nabi saw pernah mengalirkan air mata baginda yg mulia pd jenazah2 sahabat yg berjuang dijalan Allah swt. Namun, sudah mencukupi saya kira dari penjelasan yang telah diberi. . . Ada yg bertanya saya lagi, jadi boleh ke air mata kita kena jenazah tu sebenarnya? Jawapannya, tiada masalah selagi bebas daripada 3 takwilan Imam An Nawawi rah dari hadith di atas. Selagi ketiga-tiga takwilan itu tidak dilakukan ‘Ahli Keluarga’ masing2. Maka, inshaAllah, tidak akn berlakulah seksaan azab pd jenazah tersebut. . . Wallahu a’alam bissowab.

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin) on

Benarkah jenazah terseksa?

Menurut Dai, orang ramai tersalah tafsir hadis Hr.Bukhari (1286)/Muslim (928) ?

Dalil

Sesungguhnya mayat diazab dengan tangisan keluarganya terhadapnya.

Al-Imamun Nawawi rah sudah jelaskan beberapa takwilan yang tepat yang perlu difahami dari hadith ini.
jenazah disembahyangkan

1.Azab seksaan kepada jenazah jika si mati mewasiatkan kepada ahli keluarganya yang hidup untuk meratap dan meraung atas kematiannya.

2.Kaum keluarga menangis sampai tahap ratapan jenazah.

3. Ahli keluarga sengaja memperdengarkan tangisan untuk menjadikan hati mereka kasihan yang berlebihan.

Dalam Islam tidak menjadi kesalahan dari pandangan syara untuk kita mengeluarkan air mata. Tetapi diingatkan 3 perkara penting ini jangan dilakukan kepada jenazah.

1. Meraung
2. Merobek-robek pakaian
3. Menampar wajah kerana kekecewaan

Bukan itu sahaja, beliau turut menerangkan tentang hukum air mata kena pada jenazah juga tidak menjadi masalah selagi bebas daripada 3 takwilan Imam An Nawawi rah dari hadith di atas.

 

Semoga perkongsian ini dapat mengubah persepsi kita tentang isu ini.

 

Sumber: Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...