Jangan Biarkan 5 Benda Ini Berada Dalam Kereta Korang!

Automotif

Jangan Biarkan 5 Benda Ini Berada Dalam Kereta Korang!

Pasti antara korang ada yang suka tinggalkan barangan dalam kereta, betul tak? Korang tahu tak terdapat beberapa barangan yang perlu korang elak tinggal dalam kereta, tambah lagi apabila korang parkir kereta di kawasan terbuka yang terdedah kepada cahaya matahari kerana ianya boleh mengundang bahaya. Berikut adalah 5 barangan yang perlu dielakkan..

3 years ago

Kenali 5 Kereta Malaysia Yang Kini ‘Rare’ Atas Jalan Raya

Advertisement

Makanan dan minuman

Makanan dan minuman
Disebabkan takut akan rasa lapar atau haus ketika memandu, pasti ada yang suka standby makanan atau minuman dalam kereta kan? Untuk pengetahuan, suhu dalam kereta boleh mencecah sehingga 70 celcius apabila terdedah kepada cahaya matahari dan ini boleh menyebabkan makanan dan minuman tersebut terurai, sekaligus membahayakan kesihatan.

Ubat-ubatan

Ubat-ubatan
Kebiasaanya, ubat-ubatan perlu disimpan pada suhu bilik. Jadi, ianya akan cepat rosak jika dibiarkan dalam kereta yang terdedah kepada cahaya matahari. Kalau korang makan ubat yang dah rosak kan tak bagus dan boleh menjejaskan kesihatan.

Alat elektronik

Alat elektronik
Alat-alat elektronik seperti telefon bimbit, komputer riba, rokok elektrik dan powerbank sangatlah bahaya apabila terdedah pada persekitaran yang panas kerana berisiko terjadinya letupan. Lagipun barang-barang ini kan mahal dan boleh menyebabkan kes pecah kereta pun berlaku sama, kenapa nak tinggal?

Pemetik api dan mancis

Pemetik api
Buat abang-abang dan pakcik-pakcik yang merokok diluar sana, jangan sesekali meninggalkan lighter ataupun mancis korang di dalam kereta kerana ianya mudah meletup jika berada dalam keadaan yang panas. Takpun berhenti jer merokok, kan bagus untuk kesihatan.

Petrol

Petrol
Pasti antara korang ada yang tinggalkan botol berisi petrol di dalam but kereta sebagai minyak kecemasan kan? Ini merupakan perbuatan yang bahaya kerana petrol ialah jenis bahan yang mudah terbakar. Kalau rasa minyak kereta dah nak habis, pergi je isi dekat stesen minyak.

Lebih baik mencegah sebelum terlambat. Kalau dah jadi, nak menyesal pun tak guna! Sekiranya ada ternampak kenalan korang tinggalkan barangan seperti yang disebutkan tadi dalam kereta, tegurlah mereka ya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...