Pelakon, Abby Abadi tampil meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan segelintir netizen yang meninggalkan komen cacian terhadap anaknya, Marissa Dania.
Abby atau Arbaiyah Abdul Manan berkata, kata-kata biadap yang ditulis mereka itu seolah-olah seperti anaknya menggangu kehidupan mereka.
Sana sini masih ada yang kutuk dan caci maki anak saya (Marissa).
Cara komen tu kononnya macam diri paling tersakiti.
Perkara ini telah dikongsikan menerusi Instagram Storynya.
Pelakon itu turut menasihati netizen agar berhati-hati dan mengingati Allah SWT sebelum menulis sesuatu komen.
Adik, kakak dan makcik-makcik, ingat Allah banyak-banyak okay? Tak suka abaikan jelah wahai wanita-wanita syurga.
Jangan biar hati tu membusuk, dengki dengan rezeki orang sampai buat apa pun semua tak kena.
Sekadar info tambahan, Marissa dan Aslam menjadi bualan netizen selepas mereka melangsungkan pernikahan di Thailand tanpa pengetahuan keluarga pada 27 Disember yang lalu.
Tindakan mereka itu mendapat kecaman hebat daripada netizen memandangkan Aslam sudah pun mempunyai isteri iaitu Umisya Mazlan.