Jangan Biar Anak Anda Duduk Simpuh Katak, Boleh Jejaskan Kekuatan Otot

Trending

Jangan Biar Anak Anda Duduk Simpuh Katak, Boleh Jejaskan Kekuatan Otot

w

Menjadi kebiasaan ketika ini ramai anak kecil dan mungkin termasuk anak kita sendiri dilihat sering duduk dengan melipat kaki seakan-akan berbentuk W ataupun juga dikenali dengan simpuh katak.

Advertisement


Memang dilihat sebagai perkara biasa kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah tetapi tahukah anda bahawa cara duduk begitu jika  menjadi kebiasaan dan berterusan hingga usia lebih dari dua tahun ia sebenarnya boleh memberi kesan kepada perkembangan pergerakan anak.

Memetik tulisan di laman web childsplaytherapycenter.com, cara duduk begini akan menyebabkan otot bawah tubuh kanak-kanak akan menerima tekanan di mana ia boleh menjejaskan perkembangan kekuatan otot (bahagian otot perut) dan beberapa kemahiran motor kasar seperti melompat dan juga berlari.

Walaupun cara duduk sebegini membuatkan kanak-kanak selesa tetapi sebenarnya otot bahagian atas tubuh mereka tidak banyak berfungsi kerana mereka menggunakan bahagian bawah tubuh sebagai sokongan dan bergantung kepada struktur sendi dan bukan bahagian otot semasa bermain dalam kedudukan ini.

Selain itu, kerana tabiat duduk sebegini akan menyebakan otot kaki, pinggul dan buku lali anak kemungkinan mengalami masalah “hip dislocation” yakni masalah kedudukan sendi pinggul.

Antara kesannya akan menyebabkan cara anak anda berjalan seperti kaki melengkung ke dalam (seperti gambar di bawah) dan menyebabkan anak kerap hilang keseimbangan.

z

zz

Kekerapan untuk duduk simpuh katak ini akan memberi masalah untuk mereka duduk di kerusi tanpa menggunakan tangan sebagai alat sokongan keseimbangan.

zzz

Jadi sekiranya anda ternampak anak anda kerap duduk dalam keadaan ini, minta dia mengubah kedudukan yang lain.

Sama ada duduk dalam keadaan bersila atau duduk di atas kerusi yang mana lebih baik untuk pembentukan tubuh mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...