Jangan Berseluar Dalam Atau Berbikini Bila Di Depan Anak, Walaupun Anak Masih Kecil.

Trending

Jangan Berseluar Dalam Atau Berbikini Bila Di Depan Anak, Walaupun Anak Masih Kecil.

“Budak lelaki tu cakap masa kecil beliau selalu nampak ayahnya pakai seluar dalam depan matanya selepas mandi. Mak ayah fikir anak kecil lagi, tapi mereka tak sedar perbuatan mereka tu tersimpan dalam minda separa sedar anak-anak mereka.

Advertisement

Nak dijadikan cerita, bila dah meningkat remaja, beliau terdedah dengan video pornografi. Kau pun tahu kan, video lucah ni boleh menyebabkan ketagihan. Dah tengok sekali, akan tengok lagi berkali-kali. Bila tengok yang biasa, beralih ke hardcore sex hinggalah mencari video lucah sama jantina.

Mula-mula beliau rasa janggal, lama kelamaan rasa biasa dan condong ke arah itu. Bila sambung belajar ke sekolah berasrama, dibuli pula oleh rakan. Disuruh berbogel dan melakukan onani dihadapan pelajar senior. Mental dibuli! Tapi lama kelamaan, ia jadi perkara biasa. Beliau seronok untuk melakukannya.

Kau bayangkanlah, pernah tengok ayah berbogel masa kecil, ketagih dengan video lucah sama jantina hinggalah dibuli seperti itu, rasa-rasa apa yang jadi kepada beliau kemudiannya?”

Aku mendiamkan diri. Terasa sedih ya amat mendengar perkongsian dari rakanku ini.

“Adik tu terlibat dengan homoseksual?” Aku bertanya kembali kepada rakanku.

“Ya!”

Kawan-kawan yang baik hati,

Ini adalah salah satu kisah menyayat hati yang berlaku kepada remaja di luar sana. Masyarakat hanya melihat output; gay, lesbian, pengkid, biseksual, zina. Namun disebalik semua itu tersimpan memori silam yang kompleks untuk dirungkai.

Sebagai ibubapa alaf baru, banyak yang perlu kita pelajari dan jaga. Benar, mereka anak kita. Namun, ia bukan syarat untuk kita berbogel atau separa bogel dihadapan mereka. Aurat antara kita dan anak-anak perlu dititikberatkan. Jangan hanya berseluar dalam dan berbikini sahaja di hadapan anak-anak. Apa kita fikir rumah tu sama seperti pantai di Los Angeles?

Tuan puan yang disayangi,

Kau tahu, anak kecil akan meniru sahaja apa yang dilihat. Segala perilaku mak ayah akan dipamerkan kembali oleh anak-anak. Kau pemarah, mereka akan cepat marah. Kau suka pukul mereka, mereka akan memukul orang lain pula hatta kau lakukan hubungan intim antara suami dan isteri pun mereka akan ikuti.

Ini kisah benar tuan-tuan. Kami pernah kendalikan kes murid darjah 2 melakukan hubungan intim (bercumbu dan meraba) dengan rakan sekelas. baru 8 tahun tu. Kau rasa apa yang adik ini lakukan asbab nafsu atau hanya mencontohi perilaku mak dan ayahnya?

Setelah disoal siasat, rupa-rupanya adik lelaki ini biasa melihat ibu dan ayahnya bercangkerama di rumah tanpa malu. Beliau melihat dan memerhati. Kata ayahnya, ini cara ayah tunjukkan kasih sayang kepada mak.

Kata-kata itu dikunci kemas dalam fikirannya. Beliau mengulangi jawapan yang ayahnya berikan,“Saya suka dia. Ini cara saya tunjukkan kasih sayang kepadanya.”

Innalilahi Wainna Ilaihi Rajiuun.

Mak ayah, caknalah perkara ini ya. Jangan sekali-kali kita tanamkan mindset, tak apa, anak masih kecil lagi. Mereka tak tahu apa-apa.

Sudahlah anak diberi gadjet seawal usia kecil. Setelah diberi, tidak dipantau pula. Anak kecil ini hanyut dengan dunia youtube hinggalah mereka bertemu dengan video tidak berbaju.

Nak menjadi mak ayah kini bukan perkara mudah. Segala ilmu untuk mendidik anak-anak perlu dipelajari.

Fungsi tubuh badan perlu disampaikan dengan baik oleh ibubapa. Ikut tahap umur anak. Fungsi zakar dan faraj perlu diberitahu. Ini tidak, zakar dan faraj pun ditukar kepada istilah yang lain, jadi burung dan pepet. Allahu. Ia tidak lucah, ia proses mendidik anak-anak.

Tuan Puan,

Soal buli di asrama, kita kena akui ia berlaku. Baik sekolah biasa hinggalah ke sekolah aliran agama. Jika dahulu hanya sekadar dibuli basuh baju senior, kini ia transform ke satu tahap yang dahsyat. Buli dalam bentuk seksual. Kau pun follow kan, isu pelajar asrama yang melakukan buli luar tabi’e kepada rakannya.

Mahu ulas juga isu ini, nanti kena saman pula. Takdir tuan tuan.

Ibu ayah di luar sana, ketahuilah, anak-anak adalah tanggungjawab kita bersama. Gali lagi ilmu, praktikkan. Mudah-mudahan anak kita terhindar dari zina, homoseksual, seks luar tabi’e, pedofil dan seangkatan dengannya.

Kredit : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...