“Jangan Berhenti Berdoa..” – Watie Kongsi Tips Dapat Suami Idaman, Bersyukur Shuib Kelakar, Pandai Main Golf

Hiburan

“Jangan Berhenti Berdoa..” – Watie Kongsi Tips Dapat Suami Idaman, Bersyukur Shuib Kelakar, Pandai Main Golf

Perkongsian isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanifiah di Instagram mungkin dapat membantu anda-anda di luar sana yang masih menunggu kehadiran jodoh masing-masing.

Dalam hantaran tersebut, Watie memberikan tips bagi mendapatkan pasangan yang diingini iaitu dengan tidak berhenti berdoa kepada Allah S.W.T.

Advertisement

Watie juga sempat menceritakan ciri-ciri suami yang dimahukan dan dia berasa bertuah kerana segalanya memang sudah ada dalam diri Shuib.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Dari dulu bila berdoa pasal jodoh, mesti doa semoga Allah jodohkan dengan seseorang yang..kelakar, pandai main gitar, suara kena sedap dan golfer.

Banyak lagi lah sebenarnya kalau nak ceritakan ciri-ciri yang kita nak tu tapi tapi tak sangka Allah maha mendengar kan..

Dia dalam pada itu sempat menasihati netizen di luar netizen agar sentiasa bersabar dan tidak sesekali mengalah dalam berdoa agar dipertemukan dengan seseorang yang anda inginkan.

Di penghujung hantaran tersebut, Watie sempat mengucapkan kata cinta buat Shuib “I Love You @shuibsepahtu” di samping merakam video usahawan itu sedang bermain gitar.

Sekadar info, Watie dan Shuib telah selamat mendirikan rumah tangga pada penghujung bulan Jun yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Qistina Raisah modeling
10 months ago

"Sendatnya Baju Dikkk.." - Qistina Raisah Cuba Nasib Join 'Casting' Model, Netizen Puji Ibu Sentiasa Sokong

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...